Rafizi hairan pendakwa raya ambil masa lama dedah bukti kes Najib

AHLI Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli mengakui tidak memahami mengapa pihak pendakwa raya mengambil masa yang begitu lama untuk menyiapkan dokumen seperti yang diperlukan untuk memulakan kes terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkait pengubahan wang haram dana syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta.

Meskipun beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan tanpa membebaskan Najib daripada tiga kes tersebut, namun bekas Timbalan Presiden PKR itu mendesak pendakwa raya memfailkan semula pertuduhan itu.

“Saya menghormati hak Najib untuk membuat permohonan DNAA (melepas tanpa membebaskan) kerana beliau menunggu lama sejak 2019. Saya juga menghormati keputusan Hakim K Muniandy yang membenarkan permohonan DNAA itu.

“Saya tidak faham kenapa pihak pendakwa raya mengambil masa yang begitu lama sejak 2019 untuk menyiapkan dokumen seperti yang diperlukan untuk memulakan kes?
Harap bantu kajian selidik kami dan dapatkan baucar tunai
“Apatah lagi, kes ini bersabit dengan SRC, yang mana Najib kini sedang menjalani hukuman atas sabitan bersalah daripada kes pertama membabitkan SRC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumlur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Najib daripada tiga tuduhan pengubahan wang haram dana syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi, Muniandy, membuat keputusan membenarkan permohonan Najib minggu lalu untuk mendapatkan DNAA selepas mendapati tempoh masa yang tidak menentu dan tidak pasti yang menyebabkan bekas perdana menteri itu terpaksa berdepan pertuduhan tanpa sebarang penyelesaian.

Mengulas lanjut, Rafizi mendakwa, berdasarkan pengalamannya mengkaji dan mendedahkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC sebelum ini, penyelewengan membabitkan SRC mempunyai bukti aliran tunai lebih jelas.

“Kelemahan ini jelas perlu dijawab oleh pihak pendakwa raya. Ramai rakyat Malaysia tidak mahu melihat kes ini berlalu begitu sahaja atas kegagalan pendakwa yang mewakili kerajaan menyiapkan dokumen bukti ke mahkamah, berhubung satu skandal iaitu SRC yang telah pun dijatuhkan hukuman bersalah,” katanya.

Rafizi berkata, sebagai Ahli Parlimen, beliau juga akan mengikuti perkembangan kes ini dengan lebih dekat supaya ia tidak tercicir daripada pandangan awam.

Related Posts

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaksanakan intervensi pasaran bagi menstabilkan harga cili merah di Pulau Pinang susulan penurunan ketara harga ladang sejak awal tahun ini. Langkah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan gaji penengah bulanan di Malaysia mencapai RM3,500 menjelang 2030, selain meningkatkan sumbangan pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menteri Sumber…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat