Polis kesan waris lelaki maut kemalangan di Tungku

LAHAD DATU – Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris seorang lelaki yang maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 51, Jalan Tungku-Lahad Datu, di sini, 12 September lepas. 

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, lelaki dianggarkan berumur 20 hingga 30 tahun itu meninggal dunia di Klinik Kesihatan Tungku, pukul 8.20 malam.

“Mangsa dikenali dengan panggilan Boong, dipercayai berbangsa Visaya dan bukan warganegara.

“Mangsa meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis. 

Sehubungan itu, beliau meminta waris atau orang ramai yang mengenali mangsa agar segera menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di talian 089-881155 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Jafri Junat di talian 019-2132471.

Related Posts

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

KOTA KINABALU – Majlis Perasmian Pameran dan Penyampaian Hadiah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Ke-40 mencatat satu lagi sejarah penting dalam lipatan seni visual negeri apabila menerima sebanyak 977…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

MUKAH – Program Pemerkasaan Usahawan Berjaya Program Pemasaran Digital (PROPUB) memberi pendedahan awal kepada belia di daerah ini mengenai asas keusahawanan dan penggunaan platform digital dalam perniagaan. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran