Polis Filipina tahan lebih 200 peserta protes

MANILA – Polis Filipina menahan lebih 200 orang selepas pertembungan antara kumpulan penunjuk perasaan bertopeng dengan pasukan keselamatan mencemari demonstrasi aman yang bertujuan membantah skandal rasuah projek kawalan banjir bernilai berbilion dolar.

Menurut jurucakap polis, Mejar Hazel Asilo, seramai 216 individu ditahan, termasuk 88 remaja.

Datuk Bandar Manila, Isko Moreno mengesahkan seorang budak lelaki berusia 12 tahun adalah tahanan termuda.

“Kami masih menyiasat sama ada mereka ini benar-benar penunjuk perasaan atau hanya pihak yang mahu mencetuskan huru-hara.

“Setakat ini, tiada seorang pun yang mengaku sebab sebenar mereka bertindak sedemikian atau jika ada yang membayar mereka,” kata Mejar Asilo kepada agensi berita AFP.

Ribuan rakyat Filipina turun ke jalanan di seluruh negara pada 21 September dengan demonstrasi terbesar berlangsung di ibu kota Manila.

Dianggarkan 130,000 orang berkumpul di Taman Luneta dan Monumen Kuasa Rakyat EDSA – lokasi bersejarah yang pernah menyaksikan penggulingan bekas Presiden Ferdinand Marcos Sr pada 1986 akibat rasuah dan pencabulan hak asasi manusia.

Sebahagian penunjuk perasaan – sekitar 80,000 orang di Taman Luneta – berarak ke arah Istana Presiden Malacanang, namun dihalang oleh polis yang menyekat laluan dengan trak besar.

“Ia benar-benar mengecewakan,” kata Raymond Mendros, seorang peserta yang hadir bersama keluarga.

“Dengan jumlah wang yang diperuntukkan untuk projek ini, sepatutnya tiada lagi banjir, tetapi masih ada banjir! Kami datang untuk tunjukkan bahawa kami marah dengan pencuri.”

Bantahan yang pada awalnya aman bertukar ganas apabila sekumpulan penunjuk perasaan muda bertopeng mula membaling batu ke arah polis dan membakar tayar sambil melaungkan slogan ‘Untuk negara!’.

Kekecohan itu menyebabkan beberapa kenderaan polis dibakar dan tingkap balai polis pecah.

Polis bertindak menggunakan meriam air serta siren kuat untuk mengawal keadaan.

Menurut polis, sekurang-kurangnya 93 pegawai cedera dalam pertembungan tersebut.

Jabatan Kesihatan Filipina pula melaporkan kira-kira 50 orang, termasuk wartawan, dibawa ke sebuah hospital di Manila bagi mendapatkan rawatan.

“Ramai yang marah, dan saya di sini bersama keluarga dan rakan-rakan mahu menunjukkan kami tidak lagi sanggup berdiam diri,” kata seorang penunjuk perasaan lain yang ditemui AFP di Luneta.

Kemarahan rakyat berpunca daripada pendedahan mengenai projek kawalan banjir yang disifatkan sebagai ‘projek hantu’.

Projek bernilai berbilion peso itu sama ada tidak disiapkan, dilakukan secara sambil lewa, atau langsung tidak wujud.

Related Posts

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

NAIB Presiden Pertama Iran, Mohammad Reza Aref, mengeluarkan amaran keras pada awal pagi Isnin bahawa keselamatan di Selat Hormuz tidak dapat dijamin sekiranya eksport minyak negara itu terus disekat. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta