Polis buru lelaki bunuh jiran di Keningau

KENINGAU – Polis memburu seorang lelaki bukan warganegara dipercayai terlibat dalam kes bunuh terhadap jirannya dalam kejadian di Kampung Lingkudau di sini, pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Alizam Dalaman berkata, suspek dikenal pasti sebagai Abdul Razak.

Beliau berkata, pada Khamis kira-kira pukul 9.40 malam, pihaknya menerima aduan awam berhubung pertengkaran mulut pasangan suami isteri di Kampung Lingkudau.

“Terdahulu isteri dan anak suspek melarikan diri ke rumah jiran iaitu mangsa untuk membawanya ke Balai Polis membuat laporan. Setelah itu, suspek menemui mangsa dan berlaku pergaduhan.

“Suspek kemudian menetak mangsa menggunakan objek tajam dan menyebabkan pendarahan teruk,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Sehubungan itu, Alizam menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Azrul Efizul Mohd Asri di talian 012-9293148 atau tampil ke balai polis berhampiran bersabit siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Related Posts

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku melakukan perbuatan kelucahan terlampau di jirat Cina, Batu Gantung, Air Itam di sini dibebaskan awal oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi