PM tinjau banjir Kedah esok

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Kedah esok bagi meninjau kawasan dilanda banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kerajaan Persekutuan kekal prihatin dengan nasib mangsa banjir walaupun negeri itu ditadbir pembangkang.

“Esok, Perdana Menteri sendiri akan pergi ke Kedah walaupun negeri itu diperintah oleh pihak lain (pembangkang) tetapi atas keprihatinan kepada rakyat itu tetap kita (Kerajaan Persekutuan) berikan,” katanya selepas merasmikan majlis MARA Automotive Ecosystem (MATEC) 2024 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, anggota Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sudah digerakkan ke kawasan dilanda banjir dengan dibantu agensi dan jabatan berkaitan.

Beliau juga sudah mendapat taklimat daripada NADMA untuk menugaskan anggota di pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan terjejas banjir.

“Bilangan anggota NADMA yang akan ditempatkan lazimnya bergantung kepada keluasan kawasan banjir dan berapa PPS dibuka.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sukarelawan sudah digerakkan sepenuhnya ke kawasan terjejas banjir,” katanya.

Related Posts

RUU pemisahan kuasa AG, Pendakwa Raya dimuktamadkan Mei

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa khas Parlimen yang meneliti cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka memuktamadkan penyata Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pindaan Perlembagaan itu pada pertengahan Mei…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kempen Sebarkan Salam perlu disahut setiap agensi kerajaan

PUTRAJAYA – Kesemua 141 buah agensi kerajaan diseru mengambil perhatian serius terhadap kempen Sebarkan Salam seperti yang diunjurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Mufti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan