Polis buka 80 kertas siasatan terhadap kumpulan GISB Holdings

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 80 kertas siasatan ke atas GISB Holdings (GISBH) membabitkan empat akta setakat ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia membabitkan Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Akta Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, kertas siasatan mengambil tempoh lama untuk dilengkapkan sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

“Sama ada terdapat pendakwaan atau tidak, perkara itu akan ditentukan oleh pihak Peguam Negara.

“Polis mengambil tempoh lama bagi melakukan intipan ke atas GISBH sehingga kepada tindakan dan tangkapan yang menumpukan kepada aspek eksploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak,” katanya pada sidang media sempena perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Saifuddin berkata, operasi diadakan itu bukan hanya membabitkan polis sebaliknya turut membabitkan agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Pendaftar Pertubuhan, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Kimia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Jabatan Agama Islam negeri.

“Seramai 1,226 pegawai dan anggota dari pelbagai jabatan dan agensi terbabit dalam operasi GISBH ini,” katanya.

Related Posts

UEC bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 – Mahdzir Khalid

ALOR SETAR – Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dilihat jelas bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) serta tidak selari dengan Dasar Pendidikan Nasional (DPN). Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda UMNO Pahang kecewa tindakan DAPSY desak iktiraf UEC

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang mengecam tindakan DAPSY mendesak kerajaan mengiktiraf UEC menerusi cara keras seperti ‘kumpulan samseng’ serta tidak menghormati dasar negara. Ketuanya, Kamil Ibrahim berkata, DAPSY seperti ‘gelabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM