Polis berkas lelaki warga Filipina miliki syabu nilai lebih RM30,000

TAWAU – Polis memberkas seorang lelaki warga Filipina selepas didapati membawa dadah jenis syabu seberat 512.90 gram bernilai RM30,930 di kawasan Jalan Kampung Wakuba, Jalan Apas Tawau, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berumur 20 tahun bekerja sebagai penghantar barang ditahan sepasukan anggota polis menerusi Ops Tapis kira-kira pukul 1 tengah hari.

“Semasa kejadian, suspek dikesan mencurigakan apabila mengeluarkan sesuatu dari bakul motosikal yang ditunggang sebelum berlaku pergelutan dan suspek berjaya ditangkap.

“Pemeriksaan lanjut pada barangan dibawa suspek menemui 10 peket lut sinar pelbagai saiz berisi syabu,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Menurut Jasmin, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif sebarang dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Related Posts

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

JOHOR BAHRU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya akan diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim serta Tunku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO