Pemain KDA FC hanya terima suku bulan gaji

ALOR SETAR – Sekian lama akaun bank pemain dan barisan kejurulatihan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) ‘kering’ kini mereka kembali bernyawa apabila menerima sedikit bayaran gaji semalam.

Menurut sumber dalaman pasukan, anggota pasukan tersebut menerima bayaran suku bulan gaji yang dianggap sebagai oksigen tambahan bagi membolehkan mereka untuk bernafas semula.

“Walaupun masuk suku bulan sahaja gaji tetapi kami tetap bersyukur. Bolehlah untuk ‘bernafas’ daripada tak ada langsung.

“Namun boleh dikatakan mood pemain rata-ratanya masih sama kerana masing-masing mengharapkan bayaran gaji sekurang-kurangnya sebulan kerana tempoh tunggakan yang terlalu lama hingga mencecah tujuh bulan sebelum ini,” katanya.

Mengulas mengenai aksi menentang PDRM FC malam ini, sumber itu berkata sokongan penonton amat ditagih bagi memberi kekuatan dan semangat tambahan kepada pemain.

Walaupun pemain Kedah menghadapi masalah bayaran gaji tertunggak tetapi itu bukan halangan untuk mereka terus mencapai kejayaan pada malam ini.

Related Posts

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

KUANTAN – Kerajaan Pahang sedia membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) untuk waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Ulu Dong, dekat Raub, hujung bulan lalu. Perkara itu diumumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

Kerajaan naikkan gred 125,000 penjawat awam Gred 1 ke Gred 5 mulai 2027

Kerajaan naikkan gred 125,000 penjawat awam Gred 1 ke Gred 5 mulai 2027