Kastam patahkan sindiket dadah antarabangsa, rampas 73kg syabu RM2.35 juta

PADANG BESAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan sindiket dadah antarabangsa menyeludup dadah bernilai RM2.35 juta dalam operasi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, pada 3 September lalu.

Pengarah JKDM Perlis, Ismail Hashim berkata, rampasan tersebut dilakukan selepas sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Isuzu MU-X dengan nombor pendaftaran Thailand ditahan oleh Unit Khas Pemeriksaan Penumpang (UKPP) untuk pemeriksaan rutin sekitar jam 8.15 pagi.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, pemandu kenderaan tersebut, seorang lelaki dipercayai warga Thailand berusia lingkungan 20-an, bertindak melarikan diri tanpa disedari pegawai bertugas.

“Pemeriksaan lanjut oleh pasukan Kastam Cawangan Penguatkuasaan Padang Besar menemukan 56 peket teh cina bertulis “Guanyinwang” dan 14 bungkusan hitam yang disembunyikan dalam ruangan khas di bahagian bawah tempat duduk penumpang belakang kenderaan berkenaan,” katanya dalam sidang media di Pejabat JKDM Cawangan Padang Besar, hari ini.

Tambah beliau, kesemua bungkusan tersebut disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat 73.319 kilogram,

“Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan RM2,346,208, manakala kenderaan yang digunakan pula dianggarkan bernilai RM70,000,” jelas Ismail.

Beliau menambah, siasatan lanjut dengan kerjasama polis dan kastam Thailand mendapati kenderaan tersebut telah direkodkan keluar masuk negara sebanyak lima kali dan didaftarkan atas nama seorang wanita di wilayah Nakorn Sri Tammarat, Thailand.

“Kita percaya lelaki tersebut bukan keldai dadah memandangkan modus operandi sindiket dilihat cukup tersusun. Suspek dipercayai melarikan diri setelah menyedari kenderaan membawa muatan dadah,” katanya.

Ismail tidak menolak kemungkinan lelaki itu terlibat dengan sindiket pengedaran antarabangsa dan menyasarkan dadah tersebut untuk pasaran di utara Semenanjung Malaysia dan Lembah Klang.

“Rampasan ini berjaya mengekang pengedaran dadah yang mampu menjerat lebih 730,000 penagih di negara ini,” tambahnya.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan, serta hukuman sebat tidak kurang daripada 12 sebatan,” ujarnya.

Untuk rekod, Kastam Perlis berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.18 juta sejak 1 Januari hingga 3 September tahun ini berbanding sepanjang tahun lalu berjumlah RM1.84 juta.

JKDM akan terus memperketatkan kawalan di sempadan dan meningkatkan operasi bagi membanteras aktiviti penyeludupan dadah di seluruh negara.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan