Pokok tumbang hempap kereta, pemandu selamat

KOTA KINABALU – Ekoran hujan ribut sejak awal pagi, sebatang pokok tumbang lalu menghempap sebuah kereta dalam kejadian di Petronas Likas, di sini, pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Agustavia Joe Guasi berkata, pemandu ditemukan dalam keadaan selamat selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 8.54 pagi.

Katanya seramai 10 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian kira-kira dua kilometer dari balai itu sejurus selepas menerima laporan.

“Pokok menghempap sebuah kenderaan iaitu sebuah kereta Proton Satria.

“Kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerja-kerja memotong serta mengalihkan pokok sedang dijalankan dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.

Beliau berkata, setelah memastikan keadaan selamat operasi ditamatkan pada pukul 9.18 pagi.

Related Posts

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

KUANTAN – Kerajaan Pahang sedia membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) untuk waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Ulu Dong, dekat Raub, hujung bulan lalu. Perkara itu diumumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

Kerajaan naikkan gred 125,000 penjawat awam Gred 1 ke Gred 5 mulai 2027

Kerajaan naikkan gred 125,000 penjawat awam Gred 1 ke Gred 5 mulai 2027