Waspada, fenomena air pasang di Selangor bermula hari ini

FENOMENA air pasang besar di Selangor diramal bermula hari ini.

Pusat Operasi Bencana Daerah Klang (DDOC) telah mengeluarkan jadual air pasang surut dan taburan hujan yang meramalkan fenomena itu berakhir pada Sabtu ini.

Infografik di Facebook Pejabat Daerah dan Tanah Klang, bacaan paras air paling tinggi dijangka mencecah 5.8 meter jam 7.23 pagi Jumaat ini selain ribut petir di beberapa tempat.

Pada 18 September, bacaan paras air laut pada tahap 5.5 meter jam 6.08 pagi, manakala sebelah petang dijangka mencapai 5.2 meter, kedua-duanya bersama ramalan ribut petir.

Pada Khamis (19 September) pula, bacaan paras air laut adalah 5.7 meter jam 6.47 pagi dan hujan, sementara sebelah petang jam 6.59 dijangka mencecah 5.2 meter tanpa hujan.

Ramalan pada Jumaat (20 September) pula menunjukkan bacaan pada tahap 5.2 meter jam 7.36 petang dan cuaca diramalkan baik pada waktu tersebut.

Pada hari terakhir (21 September), bacaan paras air laut adalah 5.6 meter jam 7.56 pagi, manakala air laut dijangka setinggi 5 meter jam 8.11 malam, dengan cuaca diramal baik sepanjang hari.

Pusat Operasi Bencana Klang boleh dihubungi menerusi talian 03-3371 6700 atau menerusi aplikasi WhatsApp 010-973 1963. -TMP

Related Posts

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

KUANTAN – Kerajaan Pahang sedia membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) untuk waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Ulu Dong, dekat Raub, hujung bulan lalu. Perkara itu diumumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

Kerajaan naikkan gred 125,000 penjawat awam Gred 1 ke Gred 5 mulai 2027

Kerajaan naikkan gred 125,000 penjawat awam Gred 1 ke Gred 5 mulai 2027