PN umum calon PRK Nenggiri esok

PUTRAJAYA – Perikatan Nasional (PN) dijangka akan mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Renok, Gua Musang, Kelantan, esok.

Ini berdasarkan surat jemputan kepada pengamal media bagi program tersebut yang akan  dimulakan dengan pengisian ceramah sebelum pengumuman calon dilaksanakan.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor, ketika dihubungi The Malaysia Press mengesahkan pengumuman calon akan dibuat pada petang esok.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan calon daripada Bersatu yang telah dipilih oleh kepimipinan tertinggi PN bagi mewakili gabungan itu di PRK DUN Nenggiri.

” Ya, (pengumuman calon PN akan diadakan) esok. Siapa yang dipilih itu tidak boleh didedahkan. Kena tunggu esok,” katanya ringkas.

Sebelum ini, The Malaysia Press melaporkan dua nama iaitu Sheikh Razali Hamad dan Sun Najaman Muhamad, kini disebut-sebut bakal menjadi calon Bersatu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Sheikh Razali merupakan ahli Bersatu yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, manakala Sun Najaman pula merupakan penggawa (Penghulu Kerajaan Negeri) di Dabong.

Sehingga kini, Bersatu masih berteka-teki dan belum memuktamadkan lagi sama ada untuk memilih Sheikh Razali atau Sun Najaman kerana perlu mengambil kira pandangan Pas Gua Musang.

Bagaimanapun, sumber daripada Bersatu memaklumkan bahawa kebanyakan pemimpin negeri mahu Sun Najaman dipilih sebagai calon di kawasan itu, kerana anak tempatan dari Kesedar Sungai Asap dan merupakan calon yang paling layak untuk mewakili PN.

Bagaimanapun, BH melaporkan bekas pegawai tentera berasal dari Kelantan
akan menokok kepada senarai calon yang disebut-sebut sebelum ini termasuk Sheikh Razali dan Sun Najaman.

Difahamkan bekas pegawai berkenaan adalah individu kedua dalam kalangan bekas tentera yang akan bertanding atas tiket Pas-Bersatu di Kelantan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos depan. 

Related Posts

Malaysia teraju integrasi grid serantau

PUTRAJAYA – Malaysia akan menerajui fasa pertama pelan integrasi grid tenaga serantau yang bercita-cita tinggi, bermula dengan ketersambungan berdaya maju dari segi ekonomi antara Vietnam, Malaysia dan Singapura, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

Pusat Santuari Gajah Perak, solusi kurangkan konflik gajah-manusia

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta