Aaron-Wooi Yik tepati ramalan

PASANGAN beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan melangkah ke pentas suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selepas mudah menewaskan pasangan ranking ke-32, Dong Adam-Nyl Yakura dari Kanada petang tadi.

Pada aksi yang di Porte de la Chapelle Arena itu, bekas juara dunia menampilkan perlawanan cukup agresif apabila menundukkan lawannya menerusi kemenangan straight-set 21-10, 21-15 dalam tempoh 39 minit, sekali gus mencatat kemenangan kedua berturut-turut pada aksi peringkat Kumpulan A.

Kelmarin, bekas juara dunia itu mempamerkan aksi ‘membimbangkan’ apabila bergelut untuk mengatasi pasangan ke-18 dunia, Sean Vendy-Ben Lane dari Great Britain dalam pertarungan sengit yang diheret sehingga ke rubber-set 19-21, 21-16, 21-11.

Selepas ini, Aaron-Wooi Yik bakal diuji sepenuhnya apabila mereka akan berdepan beregu nombor satu dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang dari China dalam perlawanan terakhir untuk menentukan kedudukan sebagai juara dan naib juara Kumpulan A.

Related Posts

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

BRIGHTON & Hove Albion membelasah Chelsea 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sekali gus melonjak ke tangga keenam liga dengan 50 mata. Ferdi Kadioglu membuka jaringan seawal minit ketiga sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

WOLVES disahkan tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi selepas keputusan seri tanpa jaringan West Ham United menentang Crystal Palace menutup peluang mereka untuk kekal. Kelab dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti