PMX ucap tahniah kepada Tarique Rahman atas kemenangan pilihan raya Bangladesh

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merakamkan ucapan tahniah kepada Pengerusi Parti Nasionalis Bangladesh (BNP), Tarique Rahman, susulan kemenangan parti itu dalam pilihan raya umum negara berkenaan yang disifatkan sebagai manifestasi kejayaan sistem demokrasi.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata, rakyat Bangladesh telah menunaikan tanggungjawab mereka dengan memberikan mandat yang jelas melalui proses pengundian meskipun berdepan pelbagai cabaran luar jangka.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada sahabat saya, Dr Muhammad Yunus, atas kepimpinan beliau sebagai Ketua Penasihat semasa peralihan penting ini dan kerana memastikan proses demokrasi berjalan lancar,” kata beliau.

Perdana Menteri turut menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan pentadbiran baharu Bangladesh.

“Malaysia berharap dapat bekerjasama dengan kepimpinan baharu Bangladesh untuk membawa tenaga baharu kepada hubungan dua hala kita. Saya dan rakyat Malaysia menghulurkan salam mesra kepada rakyat Bangladesh,” katanya.

Laporan media antarabangsa menyebut seramai 127.6 juta rakyat Bangladesh layak mengundi dalam pilihan raya tersebut yang turut melibatkan referendum berkaitan pembaharuan perlembagaan.

Pilihan raya Parlimen Bangladesh ke-13 itu dianggap signifikan dalam landskap politik negara berpenduduk kira-kira 175 juta orang itu selepas tercetusnya protes besar-besaran pada Ogos 2024 yang membawa kepada penyingkiran bekas perdana menteri, Sheikh Hasina.

Tarique, 60, merupakan anak kepada bekas perdana menteri, Khaleda Zia, serta bekas presiden, Ziaur Rahman.

Peralihan pentadbiran sebelum ini dipimpin oleh Muhammad Yunus yang berperanan memastikan kelancaran proses demokrasi negara itu.

Related Posts

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

KOTA KINABALU – Pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967 akan mula dikuatkuasakan pada 1 Jun ini bagi memastikan transaksi sewa beli di negara ini lebih telus dan adil kepada pengguna,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

KETIKA ekonomi dunia bergelut dengan ketidaktentuan geopolitik dan tekanan inflasi global, Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan tanda pemulihan yang semakin kukuh. Data terkini menunjukkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat