Ibu tunggal 4 anak syukur terima BMR Sabah Electricity

TAWAU – “Alhamdulillah, ini hadiah berharga daripada Sabah Electricity untuk saya dan anak-anak menjelang Ramadan dan Syawal”.

Demikian luahan penuh syukur Norhayati Awang Aming, 55, seorang ibu tunggal yang menyifatkan rezeki tidak pernah salah alamat apabila berpeluang memiliki kediaman sendiri menerusi Program Bantuan Mesra Rakyat (BMR) anjuran Sabah Electricity Sdn Bhd.

Menurut Norhayati, bantuan berupa sebuah rumah baharu itu menjadi hadiah paling bermakna buat keluarganya yang sebelum ini menyewa di Batu 4.

“Baru saya masuk rumah, terasa macam… Ini hadiah daripada Parlimen Tawau dan Sabah Electricity yang paling berharga buat kami. Kami memang tidak sangka akan dapat peluang begini.

“Kenapa boleh dapat begini? Alhamdulillah, kami sangat bersyukur,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui media pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah BMR Sabah Electricity di Kampung Ranggu, pada Jumaat.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merangkap Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui.

Norhayati yang merupakan suri rumah dan mengambil upah mengasuh anak berkata, dia memohon bantuan rumah daripada Sabah Electricity sejak dua tahun lalu sebelum dimaklumkan mengenai kelulusan pembinaan pada Oktober tahun lalu.

Dia membesarkan empat orang anak iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan berumur antara 19 hingga 26 tahun selepas suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah di Tawau meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 2015.

“Pemberian rumah ini bukan sahaja memberi kami tempat tinggal yang selesa dan selamat, malah membawa sinar kebahagiaan serta harapan baharu kepada kami anak-beranak,” ujarnya.

Sementara itu, Su Fui memuji komitmen Sabah Electricity dalam membantu golongan memerlukan melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.

“Saya gembira pemilik rumah dapat menduduki kediaman ini sebelum Ramadan. Terima kasih kepada Sabah Electricity atas sumbangan yang amat bermakna ini.

“Bagi kawasan Tawau, terdapat dua buah rumah di bawah program ini iaitu satu di Merotai (Parlimen Kalabakan) dan satu di Ranggu. Mudah-mudahan lebih banyak lagi akan dapat dilaksanakan pada masa akan datang,” katanya.

Related Posts

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

TAWAU – Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop dicadang sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kalabakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Timbalan Ketua UMNO Kalabakan, Aslan Fadli Samsul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

KANOWIT – Ratusan penduduk di Rumah Kulih kini mampu menghela nafas lega apabila kesukaran pergerakan harian mereka diatasi menerusi pembinaan sebuah titian besi bernilai RM150,000 yang telah siap sepenuhnya. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat