PMX tidak abaikan rakyat, bukti Kerajaan MADANI prihatin

PENGERUSI Biro Pemantapan Agama Wanita PKR Pusat (BIPPA), Farahida Fauzi menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengabaikan rakyat, malah sentiasa mendahulukan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dalam setiap dasar dan tindakan kerajaan.

Menurut Farahida, pengumuman inisiatif terbaharu Kerajaan MADANI termasuk Bantuan Tunai RM100 secara sekali bayar kepada semua rakyat berumur 18 tahun ke atas, penurunan harga RON95 kepada RM1.99 seliter, serta penangguhan kenaikan tol, mencerminkan keprihatinan sebenar kerajaan terhadap tekanan kos sara hidup rakyat, khususnya golongan B40 dan M40.

“Inisiatif ini bukan semata-mata langkah populis, tetapi sebahagian daripada pelan menyeluruh kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara dan menjamin kelangsungan hidup rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menyifatkan pendekatan Kerajaan MADANI itu selari dengan prinsip Islam yang menekankan penjagaan kebajikan rakyat, keadilan sosial dan pengurusan amanah secara berhemah.

Mengulas mengenai kempen tular bertanda pagar #TurunAnwar yang mencetuskan sentimen kebencian, Farahida menegaskan bahawa dakwaan kononnya kerajaan mengabaikan rakyat adalah tidak berasas dan bersifat manipulatif.

“Fakta menunjukkan sebaliknya. Subsidi bersasar disalurkan secara langsung bagi mengelakkan ketirisan. Program Jualan Rahmah MADANI diperluas ke seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri, manakala penurunan harga minyak memberi kesan rantaian kepada kos logistik dan barangan pengguna,” jelas beliau.

Beliau berkata, pihak yang meniup api kebencian ini tidak membawa sebarang penyelesaian, sebaliknya hanya menghasut kemarahan rakyat demi kepentingan politik sempit.

“Kita tidak perlukan kemarahan di jalanan. Apa yang diperlukan ialah kerjasama untuk membina masa depan negara bersama,” katanya lagi.

Tambahnya, Anwar telah membuktikan keprihatinan beliau sejak hari pertama memegang amanah sebagai Perdana Menteri dengan melaksanakan reformasi ekonomi bersifat holistik yang turut merangkumi penciptaan pekerjaan, pengurangan jurang sosioekonomi, dan pelaburan berkualiti tinggi.

Farahida turut menyeru rakyat agar menilai secara adil dan rasional serta tidak membiarkan emosi dipengaruhi oleh golongan yang kecewa kehilangan kuasa.

“Rakyat tidak perlu turun ke jalan untuk meluahkan kemarahan. Sebaliknya, marilah kita bangkit bersama membina negara dengan harapan dan kesatuan,” katanya.

Justeru, beliau menyatakan pendirian bahawa Wanita PKR akan terus menyokong Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI dalam memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy