PKR Kimanis rancang awal program, usaha santuni masyarakat setempat

KIMANIS – Pejabat PKR Cabang Kimanis dalam perancangan awal mengadakan Program ‘Terima Kasih PMX’ serta persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Perancangan tersebut hasil daripada kunjungan hormat daripada Setiausaha Politik (SUPOL) kepada Menteri Komunikasi, Abdullah Izhar Mohamed Yusop ke Pejabat PKR Kimanis.

Menurut Ketua Cabang Kimanis, Niki Ramday, ini merupakan kunjungan rasmi pertama yang mengunjung pejabat PKR Kimanis yang baharu beroperasi di Kimanis Centro.

“Kunjungan ini dianggap sangat bermakna dan menjadi satu suntikan semangat kepada seluruh warga cabang dalam memperkasakan gerak kerja politik dan kemasyarakatan di kawasan Kimanis,” katanya ketika sempena Lawatan Mesra SUPOL Menteri Komunikasi, di sini pada Rabu.

Sementara itu, Izhar turut menyatakan komitmen untuk membantu menyokong keperluan operasi cabang, khususnya dalam usaha menyantuni masyarakat setempat.

Katanya, beliau turut menekankan kepentingan pelaksanaan program-program kemasyarakatan dengan penglibatan aktif Komuniti MADANI.

“Ia selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan MADANI yang diterajui oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Pada lawatan tersebut, pihaknya terus menyatakan sokongan pada terhadap kepimpinan dan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi rakyat Sabah dan Malaysia secara keseluruhan.

Lawatan diakhiri dengan laungan semangat ‘Terima Kasih PMX’ berlatarbelakangkan sepanduk gergasi bertemakan ‘Terima Kasih PMX – MADANI Bekerja’.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy