Kerajaan MADANI utamakan rakyat, ekonomi terus kukuh – AMK

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) menyambut baik pengumuman penghargaan kepada rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkan sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan rakyat seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin berkata, sejak tahun 2023, pelbagai petunjuk ekonomi menunjukkan prestasi positif yang mengukuhkan keyakinan terhadap hala tuju ekonomi negara di bawah kepimpinan kerajaan kini.

“Malaysia menunjukkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.4 peratus pada suku pertama 2025, dengan unjuran 4.5 peratus pada suku kedua.

“Negara turut melonjak ke kedudukan ke-23 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2025,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, jumlah pelaburan yang diluluskan juga mencatat nilai memberangsangkan sebanyak RM384 bilion, manakala nilai ringgit menunjukkan pengukuhan sebanyak lima peratus kepada paras RM4.23 berbanding dolar Amerika Syarikat.

Danish berkata, di samping mencatat pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, kerajaan juga menumpukan usaha ke arah menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

“Kerajaan telah menaikkan gaji minimum kepada RM1,700, menurunkan kadar pengangguran kepada tiga peratus, serta menyalurkan bantuan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang berjumlah RM15 bilion.

“Terbaharu, pengumuman bantuan tunai RM100 secara ‘one-off’ kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mulai 31 Ogos ini membuktikan kerajaan terus menyalurkan penghargaan kepada rakyat dalam bentuk yang bersasar dan praktikal,” katanya.

Selain itu, langkah penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter, pengekalan kadar tol tanpa kenaikan, serta perluasan program Jualan Rahmah MADANI bernilai RM600 juta turut memberi impak langsung terhadap kos sara hidup rakyat.

Menurut beliau lagi, program pembangunan komuniti di peringkat akar umbi seperti Sejati MADANI turut diperkasa dengan peruntukan sehingga RM100,000 bagi setiap komuniti untuk menjana aktiviti ekonomi tempatan.

“Sehingga kini, lebih 8,600 projek ekonomi komuniti telah dibangunkan,” katanya.

AMK turut menyifatkan pelbagai inisiatif ini sebagai bukti bahawa Kerajaan MADANI bukan sahaja berani melaksanakan reformasi ekonomi, malah mengutamakan kepentingan rakyat dalam setiap dasar yang digubal.

“Bantuan tunai, kenaikan gaji minimum, penurunan kadar pengangguran, dan subsidi bersasar mencerminkan keberanian kerajaan melakukan pembaharuan yang berpihak kepada rakyat,” jelas Danish.

Sehubungan itu, AMK menyeru semua pihak agar terus menyokong agenda pembaharuan dan kesejahteraan rakyat yang sedang digerakkan oleh Kerajaan MADANI.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy