Anwar, delegasi tiba di Rio De Janeiro untuk BRICS

DATUK Seri Anwar Ibrahim tiba di Brazil bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 yang akan berlangsung dua hari bermula esok.

Pesawat sewaan khas Malaysia Airlines membawa Perdana Menteri dan delegasi mendarat di Pangkalan Tentera Udara Galeao Rio De Janeiro pada jam 5.40 pagi waktu tempatan (waktu Malaysia 4.40 petang).

Anwar yang tiba dari Paris selepas menamatkan lawatan rasmi dua hari ke Perancis, disambut Pemangku Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Brasilia, Datuk Mohammad Ali Selamat dan Setiausaha Promosi Perdagangan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Brazil, Laudemar Goncalves de Aguiar Neto.

Anwar dijadual menyampaikan dua kenyataan negara pada Sidang Kemuncak BRICS.

Mohammad Ali dilaporkan berkata, kedua-dua intervensi itu mencerminkan komitmen teguh Malaysia mengukuhkan multilateralisme dan mengangkat suara dan kepentingan negara membangun, sejajar dengan objektif teras BRICS 2025.

Penyertaan Malaysia dalam sidang kemuncak itu atas kapasiti sebagai Negara Rakan BRICS dan Pengerusi ASEAN 2025.

Malaysia secara rasmi menjadi Negara Rakan BRICS pada 1 Januari tahun ini.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak