PMX, delegasi mula lawatan rasmi ke tiga negara

DATUK Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi memulakan lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil, hari ini.

Pesawat membawa Perdana Menteri berlepas tengah hari tadi.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Anwar berharap lawatan itu membawa manfaat nyata buat rakyat dan negara.

“Saya dan delegasi Malaysia tengah hari ini berangkat ke Rom, Itali bagi mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteriz Giorgia Meloni selain mengadakan pertemuan bersama peneraju industri perniagaan.

“Seterusnya ke Paris untuk bertemu Presiden Emmanuel Macron dan mengetuai sesi rundingan bersama gergasi industri negara Perancis.

“Saya juga dijadual menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Southeast Asia and Europe: Recalibrating the Terms of Engagement’ di Sorbonne University,” katanya.

Perdana Menteri menjelaskan, lawatan itu turut merangkumi penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin BRICS ke-17 di Rio de Janeiro atas jemputan Presiden Lula da Silva, sebagai Negara Rakan BRICS dan Pengerusi ASEAN.

“Malaysia akan terus mengangkat kepentingan multilateralisme berteraskan undang-undang, tadbir urus AI, tindakan iklim dan kesihatan global demi masa depan dunia yang lebih adil dan inklusif,” ujarnya.

Related Posts

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan palsu menerusi platform TikTok melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Ketua Pesuruhjayanya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

PUTRAJAYA – Isu kesihatan mental di tempat kerja bukan lagi sekadar isu peribadi, sebaliknya memberi kesan langsung kepada produktiviti serta kesejahteraan organisasi. Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental Kementerian Kesihatan (KKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen