P.Pinang masih menanti notis pembinaan LRT Laluan Mutiara

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih menantikan ‘notice to proceed’ atau notis untuk memulakan kerja rasmi daripada Kementerian Pengangkutan bagi memulakan pembinaan fizikal Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, walaupun notis rasmi itu belum dikeluarkan, beberapa kerja awal telah pun dilaksanakan di tapak termasuk kajian berkaitan tanah, pengambilan tanah serta rundingan pampasan dengan pemilik-pemilik terlibat.

“Notis rasmi itu penting untuk membolehkan kerja fizikal pembinaan secara penuh berjalan mengikut pelan dan jadual yang telah dirancang.

“Buat masa ini, kita masih menunggu arahan rasmi daripada pihak Kementerian Pengangkutan dan Mass Rapid Transit Corporation (MRTC),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Hari Pengangkutan Pulau Pinang 2025 di sini, hari ini.

LRT Mutiara sepanjang 29.5 kilometer itu merangkumi 21 stesen strategik dan direka untuk meningkatkan keterhubungan antara Pulau Pinang dan tanah besar, sekali gus mengurangkan kesesakan jalan raya serta mempertingkat aksesibiliti.

Pelan jajaran utamanya merangkumi laluan dari Pulau Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR-A) ke Penang Sentral dan Stesen Komtar di Georgetown, dengan perkhidmatan tren dijadualkan bergerak secara bergilir di sepanjang laluan berkenaan.

Menurut Kon Yeow, kerajaan negeri telah menunaikan tanggungjawabnya apabila menyerahkan sepenuhnya peranan berkaitan projek LRT kepada MRTC dan melepaskan peranan SRS Konsortium sebagai pihak yang pernah memohon pelaksanaan LRT sebelum ini.

Related Posts

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

MUKAH – Penganjuran UiTM Night Bazaar Siri 8 bertemakan ‘Riuh Raya Street Fiesta’ dilihat bukan sahaja menghidupkan suasana Aidilfitri, malah menjadi platform penting dalam membantu peniaga kecil menjana pendapatan. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

KUCHING – Khabar angin yang tular di media sosial mendakwa Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedang mempertimbangkan untuk bertanding di Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ditegaskan sebagai berita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat