PMX arah KPT selaras bantuan segera buat keluarga mangsa nahas Gerik

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas nahas yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam satu kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, pagi tadi.

Anwar berkata, pihaknya telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menyelaras bantuan sewajarnya buat keluarga mangsa.

“Saya dan Azizah (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) amat berdukacita menerima perkhabaran nahas tragis yang melibatkan sebuah bas dan beberapa kenderaan lain, mengorbankan 15 pelajar.

“Saya telah arahkan KPT untuk menyelaras bantuan sewajarnya buat keluarga mangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook, Isnin.

Anwar juga mendoakan agar keluarga mangsa diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini.

Katanya, musibah menyayat hati sebegini yang sering kali berulang seharusnya menjadi pengajaran buat semua agar sentiasa berhati-hati dan usah terburu-buru mengejar destinasi.

“Nyawa kalian terlalu berharga dan tiada galang ganti,” katanya.

Terdahulu, seramai 15 individu dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dengan sebuah Perodua Alza di JRTB, Gerik, pagi tadi.

Difahamkan bas UPSI itu dalam perjalanan ke kampus Universiti itu dari Jerteh, Terengganu.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam kenyataannya berkata, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Banun menerima panggilan berhubung kejadian yang melibatkan 48 orang mangsa itu pada pukul 1.10 pagi.

Katanya, anggota APM yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.11 pagi mendapati kemalangan jalan raya itu melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dengan sebuah bas yang telah terbalik.

“Anggota APM telah membawa beberapa mangsa yang cedera ke Hospital Gerik, antaranya mereka yang mengalami kecederaan patah tangan, patah kaki dan cedera ringan,” katanya.

Related Posts

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

KUCHING – Sarawak bersedia melakukan anjakan paradigma dalam landskap digital global dengan beralih kepada infrastruktur ‘AI Grid’ (grid kecerdasan buatan) berbanding penggunaan pusat data fizikal menjelang lima tahun akan datang. Premier Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyebaran serta suntingan gambar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI