PMKS pacu ekonomi negara, mahasiswa digalak ceburi bidang keusahawanan

KOTA KINABALU – Mahasiswa digalakkan untuk menceburi bidang keusahawanan yang terus menjadi antara pemacu utama dalam usaha meningkatkan pendapatan rakyat serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di negara ini.

Menteri pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, ia terbukti melalui sumbangan besar Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) iaitu sebanyak 39.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun 2024 dengan nilai mencecah RM652.4 bilion.

“Lebih membanggakan, sektor PMKS juga telah menggajikan seramai 8.1 juta orang pekerja, iaitu 48.7% daripada keseluruhan tenaga kerja negara.

“Angka ini jelas menunjukkan betapa signifikan dan strategiknya peranan PMKS dalam memperkukuh pembangunan sosial serta ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian, ketika merasmikan Seminar Keusahawanan Mahasiswa: Jom Jumpa PROTEGE (JJP) Edisi Sabah Tahun 2025 dia Dewan Kuliah 1 Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini pada Selasa.

Ewon menyeru para mahasiswa dan graduan agar yakin dan berani menjadikan bidang keusahawanan sebagai pilihan kerjaya.

Jelasnya, keusahawanan bukan sahaja mampu menjamin masa depan malah membuka ruang untuk menjadi pencipta peluang pekerjaan kepada orang lain.

“Dengan ilmu, kemahiran dan kreativiti yang dimiliki, saudara dan saudari berpotensi untuk membangunkan perniagaan yang bukan sahaja menyumbang kepada pengukuhan sektor PMKS, tetapi juga kepada kemajuan ekonomi negara secara keseluruhannya,” ujarnya.

Beliau berkata, KUSKOP melalui PROTEGE telah melaksanakan pelbagai program keusahawanan sejak tahun 2021 hingga 2025, khusus untuk mahasiswa dan graduan bagi menyediakan platform yang relevan, inklusif dan berkesan bagi melahirkan usahawan muda yang berdaya saing.

Tambahnya, sehingga kini seramai 85,243 mahasiswa dan graduan telah mendapat manfaat daripada pelbagai inisiatif keusahawanan PROTEGE di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12).

“Melalui program-program PROTEGE ini, para peserta diberi pendedahan menyeluruh dalam pelbagai aspek keusahawanan, merangkumi pengurusan operasi, kewangan, serta strategi pemasaran fizikal dan digital,” ujarnya.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16