Hantaran PMX sanjung isteri cuit hati netizen

HANTARAN Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengundang perasaan berbaur daripada netizen.

Perdana Menteri yang sebelum ini terpaksa mengambil cuti atas nasihat doktor dan masih belum berkeadaan baik telah mencuri hati netizen apabila hadir menjalankan tanggungjawabnya untuk sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Boleh dilihat dalam hantaran itu susuk tubuh Perdana Menteri melangkah masuk ke bangunan Parlimen sambil ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Lebih mencuit hati netizen, reaksi yang dipamerkan oleh Wan Azizah yang mengusap belakang Anwar sekali gus menunjukkan kasihnya seorang isteri terhadap suami.

“Di setiap langkah, ada tangan yang sentiasa memastikan saya tidak sendirian. Love, Azizah. Tulang rusuk,” tulis Anwar di Facebook.

Sehingga berita ini ditulis, hantaran Perdana Menteri itu telah meraih lebih 35,000 emoji suka dan hati serta hampir 3,000 komen netizen.

Rata-rata netizen terharu dengan kasih yang dipamerkan oleh Wan Azizah terhadap suaminya di samping mendoakan kesejahteraan untuk pasangan tersebut.

“Benar.. Tangan ajaib itu sentiasa ada, ada masa dia menadah tangan berdoa untuk suaminya, ada tika dia memimpin untuk beri semangat yang kuat, dan ada tika dia di sisi untuk menjadi pelengkap yang menjadikan lelaki itu hebat. Itulah seorang isteri yang setia sehingga ke akhir usia. Masya-Allah Tabarokallah..
Tahniah buat DS Hjh Wan Azizah dan DS Hj Anwar Ibrahim,” kata netizen dikenali sebagai Ummu Fariza.

“Aish.. Datuk Seri buat kita sebak la gais. Mana mungkin PMX akan melangkah sekuat ini jika tiada Dr Wan di sisi. Isteri cerdik yang solehah. Semoga bahagia selalu kekal sampai syurga Aaminn,” komen Olyn Azureen Jalaluddin.

Namun, terdapat juga komen mengenai Anwar yang tidak henti-henti bekerja tanpa pernah mengambil cuti rehat sejak dilantik menjadi Perdana Menteri.

“Sejak jadi PM 2022 belum kita dengar Anwar ambil cuti , bekerja terus bekerja dengan tekad membantu rakyat dan memulihkan ekonomi negara . Tidak pernah memegang kayu golf dan berpoya-poya santai di padang golf bersama pemimpin lain atau bersama menteri .

“Yang kita lihat beliau menjaga kesihatan dengan berlari perlahan untuk kecerdasan minda agar sentiasa segar. Walaupun dikecam pelbagai tohmahan, beliau terus berfikir untuk memulihkan ekonomi negara dan rakyat. Semoga Allah permudahkan urusan beliau dan mendapat keberkatan serta rahmat dari-Nya. Aaminnn,” komen Muhamad Zainal Ahmad.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16