Kanak-kanak perempuan dikhuatiri hanyut menyeberang sungai

TAWAU – Seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri hanyut ketika menyeberang sungai dalam kejadian di Kampung (Kg) Ranggu Batu 8 Jalan Apas, di sini, pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa Puteri Jimar, 4, dilaporkan hilang semasa menyeberang sungai bersama bapanya kira-kira pukul 6 petang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sepasukan enam anggota dengan kaedah pencarian ‘surface rescue’ bersama agensi lain dan orang awam.

“Radius pencarian adalah dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang dan setakat ini mangsa belum dijumpai,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Menurut Jemishin, operasi SAR kemudian ditangguhkan pada pukul 8.11 malam dan akan disambung semula pada Sabtu.

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi