PM seru masyarakat antarabangsa hentikan pembunuhan oleh Israel

MASYARAKAT antarabangsa untuk diseru untuk menghentikan pembunuhan oleh Israel dan menyuarakan sokongan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, rejim Zionis dan Israel dengan tidak berperikemanusiaan menyekat UNRWA daripada beroperasi yang menyebabkan sekatan bantuan keperluan asas buat penduduk Palestin di Gaza.

“Kita mesti menghentikan pembunuhan yang berterusan ini dan segera mengambil langkah untuk menyediakan perlindungan yang lebih berkesan pada UNRWA.

“Sementalahan, kita harus menyediakan perlindungan yang lebih baik kepada pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan yang terdiri daripada hampir 50 negara, termasuk Malaysia, yang telah diserang dan diancam oleh pasukan tentera Israel.
 
“Masyarakat antarabangsa perlu bertindak dengan pantas dan tegas.

“Sebagai langkah segera, kita perlu mendesak, seperti yang dilakukan Malaysia di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada September, untuk segera mengenakan sekatan penghantaran senjata kepada Israel,” katanya

Anwar berkata demikian ketika dalam ucapan Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, tahap serangan Israel terhadap prinsip asas kemanusiaan dari sudut undang-undang antarabangsa memerlukan pertimbangan tindakan yang lebih tegas berikutan kekejaman yang dilakukan.

Tambah beliau, tindakan tegas perlu segera diambil bukan sahaja untuk kepentingan rakyat Palestin tetapi demi keadilan buat semua manusia didunia.

“Kita mesti menghukum dan mencegah pelanggaran undang-undang serta norma antarabangsa yang dilakukan berulang kali oleh Israel.

“Oleh itu, kita perlu membina konsensus untuk menggantung, atau bahkan menyingkirkan, Israel daripada PBB.
 
“Rentetan kekejaman ini telah pun merebak ke Lubnan, Yaman, Syria, Iraq, dan Iran. Jika dunia berpaling pada saat ini, keganasan ini tidak akan kekal terhad. Malah ia pasti akan menyemarak dan mengancam rantau ini termasuk ke keseluruh dunia,” katanya.

Anwar juga turut mengajak masyarakat antarabangsa bersama-sama membina dan membangunkan semula Gaza yang hampir musnah demi masa depan mereka yang lebih cerah.

Katanya, perkara yang paling penting adalah membela nasib kanak-kanak dan generasi akan datang daripada kekejaman genosid rejim Zionis.
 
“Tentunya, aspek paling penting dalam keprihatinan kita adalah kepada mangsa yang terkorban.

“Justeru, adalah sangat penting untuk menggandakan usaha membantu membangunkan semula Gaza daripada kehancuran. Yang amat penting ialah melaksanana rencana ini tanpa sebarang kelewatan.
 
“Kita mesti melakar sempadan yang jelas, bukan sahaja sebagai umat Islam tetapi juga sebagai sesama insan, bersatu serta berpegang kepada kebenaran untuk dunia yang lebih aman dan lebih baik bagi anak-anak kita serta generasi yang akan datang,” katanya.

Related Posts

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

PUTRAJAYA – Pengamal media, khususnya wartawan, jurufoto dan juruvideo memohon pertimbangan kerajaan supaya kuota 300 liter RON95 yang dinikmati sebelum ini dikekalkan. Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) berkata, keputusan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

PUTRAJAYA – Kerjasama strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dalam aspek pemuliharaan karya seni bernilai tinggi yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sebagai tanda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Insiden bot migran karam tidak berlaku di perairan negara – Maritim

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga