PM sampai sumbangan untuk bapa tunggal di Chengal Lempong

KUANTAN – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada seorang bapa tunggal yang menyara lima anak di Kampung Chengal Lempong, dekat sini.

Sumbangan wang tunai dan bakul makanan itu disampaikan kepada bapa tunggal dikenali sebagai Mohammad itu oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi.

Ia adalah bagi membantu meringankan beban keluarga berkenaan.

Turut diberikan bantuan itu, kerja membaik pulih kediaman mereka juga dirangka dan akan dilaksanakan dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan Pahang.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Perdana Menteri hari ini, Mohammad menyara anak-anaknya dengan melakukan kerja kampung tanpa sebarang pendapatan tetap.

“Saya mendoakan keluarga Encik Mohammad sentiasa berada dalam lindungan-Nya dan semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban dihadapi keluarga mereka,” menurut hantaran itu.

Related Posts

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

DATUK Mubarak Dohak dilapor menangguhkan arahan pengosongan kompaun kediaman rasmi Balai Luak Undang Sungei Ujong buat masa ini atas beberapa alasan. Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong , Ahmad Hanafi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak