NADMA diminta terus siap siaga hadapi kemungkinan bencana

PUTRAJAYA – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku urus setia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) diminta agar terus memantau tahap kesiapsiagaan semua agensi terlibat di semua peringkat untuk menghadapi bencana, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Merujuk kepada situasi banjir di Sabah dan Sarawak ketika ini, beliau menyatakan rasa puas hati dengan koordinasi baik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) di negeri yang dilanda banjir.

“Dengan persediaan dan koordinasi awal, kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025, selain penyelarasan yang baik dan teratur dapat dibuat oleh JPBD dan JPBN.

“Ini termasuklah memastikan pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi kemudahan asas mencukupi untuk kegunaan mangsa banjir,” katanya menerusi satu kenyataan.

Ahmad Zahid yang juga pengerusi JPBP turut memohon supaya proses pendaftaran dan pengesahan mangsa dipermudah serta disegerakan bagi mengelakkan kelewatan pembayaran Bantuan Wang Ihsan.

Untuk rekod, kerajaan Persekutuan akan mengagihkan bantuan ihsan RM1,000 kepada ketua isi rumah yang terkesan banjir dan berpindah ke PPS, mengikut syarat ditentukan NADMA.

Related Posts

Permohonan Perantis 2.0 dibuka 17 Februari, lahirkan kepemimpinan wanita – Nancy Shukri

KUCHING – Program Kepimpinan Perantisan Wanita (Perantis) 2.0 mampu melahirkan bakat dan kepemimpinan kaum wanita. Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Perantis 2.0 bukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perkasakan industri penjagaan untuk galakkan wanita kembali bekerja – Nancy Shukri

KUCHING – Industri penjagaan perlu diperkasakan untuk menggalakkan kaum wanita kembali kepada sektor pekerjaan. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, urusan penjagaan keluarga terutama orang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata

Proton e.MAS kini di Kuching, fokus wujudkan persekitaran hijau dan mampan

Proton e.MAS kini di Kuching, fokus wujudkan persekitaran hijau dan mampan

Kanak-kanak tidak dibenar tunai haji

Kanak-kanak tidak dibenar tunai haji