PM pengerusi mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri

PUTRAJAYA – Sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan negeri berupaya memastikan pelaksanaan agenda pembangunan negara berjalan lancar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, sinergi itu juga memastikan pelaksanaan agenda pembangunan negara dibuat secara menyeluruh dan inklusif demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan Malaysia.

“Mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-146 di Putrajaya hari ini.

“Mesyuarat ini adalah platform penting memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya dalam menyelaras dasar serta inisiatif pembangunan secara bersama,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-146 di Bangunan Perdana Putra di sini.

Mesyuarat itu dihadiri beberapa menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Sementara itu, Shamsul Azri menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, mesyuarat terbabit antaranya menyentuh mengenai isu tanah di negeri serta Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“Optik perbincangan kali ini terarah kepada pelaksanaan projek pembangunan dan isu yang terkait dengan pemberi milikan tanah di negeri dan penyediaan RMK13 yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir Julai ini.

“Sebelum mesyuarat bermula, saya sempat bertegur sapa dengan sebahagian besar YAB Menteri Besar dan Ketua Menteri serta menyatakan komitmen untuk kerap turun padang dan lawatan mengejut di negeri-negeri bagi memantau pelaksanaan program atau projek dan meneruskan agenda reformasi perkhidmatan awam,” katanya.

Related Posts

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

PUTRAJAYA –  Bank Negara Malaysia (BNM) terus mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus, mencerminkan pendirian dasar monetari yang kekal menyokong pertumbuhan ekonomi dalam persekitaran harga yang stabil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus
  • YnomYnom
  • January 22, 2026

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Pelarasan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 sebanyak tujuh yang menyaksikan peningkatan sebanyak tujuh peratus mencerminkan keprihatinan berterusan Kerajaan MADANI…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028