Kuliah Maghrib Wan Ji di Masjid Sembilang dibatal saat akhir

SEBERANG JAYA – Program wacana ilmu bersama penceramah bebas, Dr Wan Ji Wan Hussin yang dijadualkan diadakan di Masjid Sembilang, di sini pada malam Ahad didakwa dibatalkan saat akhir.

Program yang sepatutnya berlangsung selepas solat Maghrib itu diarah untuk tidak diteruskan oleh pihak pengurusan masjid selepas dipercayai berkaitan dengan isu tauliah.

Menerusi poster program, kuliah maghrib yang bertajuk iktibar dan kesan konflik pemerintahan Saidina Usman itu dianjurkan Biro Penerangan dan Penerangan Agama (BIPPA) dan Masjid Sembilang.

Dr Wan Ji dalam hantaran di laman Facebook miliknya (Herjunot Ali) berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak penganjur, kuliah Maghrib itu terpaksa dibatalkan kerana dihalang oleh pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Poster program wacana ilmu yang dijadualkan berlangsung di Masjid Sembilang namun didakwa dibatalkan pada saat akhir.

“Kuliah Maghrib malam ini di masjid Taman Sembilang terpaksa dibatalkan.

“Saya dimaklumkan pihak penganjur, ia dihalang oleh pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM 1) Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid,” katanya pada hari ini.

Bagaimanapun, Dr Mohamad yang juga Exco Agama Islam Negeri Pulau Pinang menafikan dakwaan berkenaan.

“Dakwaan kononnya ceramah Ustaz Wan Ji di Masjid Sembilang dihalang atas arahan Pejabat TKM1 adalah tidak benar.

“Penjelasan rasmi telah dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

“Segala urusan berkaitan penceramah adalah di bawah bidang kuasa JHEAIPP dan pentadbiran masjid,” katanya lagi.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat