PM bimbang Malaysia mungkin alami gelombang kedua banjir

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan kerisauan apabila negara berkemungkinan berlaku gelombang kedua bencana banjir.

Lantaran itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengarahkan agensi berkaitan dalam keadaan bersiap sedia dan mengambil langkah waspada berdasarkan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

“Jadi kebimbangan ialah kemungkinan mengikut MET Malaysia ada ‘second wave’ (gelombang kedua banjir).

“Mudah-mudahan Insya-Allah kita dapat kawal,” katanya ketika berucap di Majlis Pengumpulan Dana Ihsan Madani untuk mangsa banjir di Kompleks Seri Perdana, di sini. hari ini.

Turut hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Khairul Shahril Idrus.

Menyentuh perkembangan terkini situasi banjir di beberapa negeri, Anwar berkata setakat jam 11 pagi tadi, seramai 63,728 mangsa daripada 19,558 keluarga ditempatkan di kira-kira 219 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Keseluruhannya mangsa banjir direkodkan sejak awal banjir bermula sehingga hari ini adalah 235,706 orang, sekali gus angka tertinggi pernah direkodkan dalam catatan sejarah.

“Setakat pagi ini, trend (jumlah mangsa di PPS) ini dilihat menurun. Seperti di kawasan Kelantan, Terengganu sudah surut sedikit tapi naik di Pahang dan beberapa kawasan di Johor,” katanya.

Related Posts

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

PUTRAJAYA – Lebih 600 hantaran di media sosial yang mengandungi maklumat palsu berkaitan krisis tenaga global dikesan sejak 29 Mac lalu hingga kini. Jurucakap Kerajaan MADANI merangkap Menteri Komunikasi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar