Malaysia tegas beri perhatian konsisten isu Laut China Selatan

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar komited memberi perhatian kepada isu Laut China Selatan dengan pendirian Malaysia adalah jelas dan konsisten.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua pertikaian dan penyelesaian isu-isu berhubung Laut China Selatan perlu berdasarkan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982.

Menurutnya, kedaulatan dan kepentingan negara sentiasa dijadikan teras utama dalam setiap tindakan diambil kerajaan berhubung isu membabitkan pertindihan zon maritim di kawasan itu.

“Di dalam konteks pengendalian isu Laut China Selatan, saya ingin menegaskan bahawa kedaulatan dan kepentingan negara sentiasa dijadikan teras utama di dalam setiap tindakan yang diambil.

“Sepertimana sedia maklum, isu berkaitan Laut China Selatan merupakan isu yang kompleks dan sensitif. Oleh yang demikian, isu ini perlu dikendalikan secara berhati-hati, teliti dan menyeluruh.

“Setiap tindakan diambil kerajaan adalah berdasarkan pertimbangan yang komprehensif tanpa mengenepikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara,” katanya melalui jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) mengenai status terkini pertikaian wilayah maritim negara terutamanya di zon maritim bertindih yang melibatkan negara seperti Brunei, China, Vietnam, Indonesia dan Filipina selain apa inisiatif kerajaan dalam memperteguh diplomasi dengan negara terbabit sebagai usaha mempertahankan kedaulatan negara dari ancaman maritim.

Mohamad menambah sebagai Pengerusi Asean pada 2025 dan Negara Penyelaras Hubungan Dialog Asean-China bagi tempoh tiga tahun dari Ogos tahun ini hingga Julai 2027, Malaysia kekal komited untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai.

“Kementerian Luar akan terus menyuarakan pendirian tegas Malaysia berhubung isu Laut China Selatan di platform berkaitan bagi memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara akan terus kekal terpelihara,” katanya.

Mengenai soalan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) berhubung isu kehadiran kapal asing di periaran Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), Mohamad berkata, kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sentiasa memberikan perhatian serius terhadap keselamatan di kawasan perairan negara.

Related Posts

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

PUTRAJAYA – Lebih 600 hantaran di media sosial yang mengandungi maklumat palsu berkaitan krisis tenaga global dikesan sejak 29 Mac lalu hingga kini. Jurucakap Kerajaan MADANI merangkap Menteri Komunikasi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO