PM Anwar terima anugerah tertinggi Timor-Leste

DILI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dianugerahkan Grand Collar of the Order of Timor-Leste, iaitu anugerah tertinggi negara itu sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau serta peranan Malaysia dalam menyokong aspirasi Timor-Leste menyertai ASEAN, khususnya sempena Pengerusinya pada tahun 2025.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Presiden, Dr José Ramos-Horta kepada Anwar selepas beliau menyampaikan Syarahan Presiden bertajuk “ASEAN & Peranan Timor-Leste” di Istana Presiden di sini.

“Bagi pihak rakyat Malaysia, saya dengan penuh rasa rendah diri menerima anugerah ini dan mengucapkan terima kasih atas penghargaan tertinggi serta paling berprestij daripada Timor-Leste,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Anugerah tersebut diberikan kepada individu yang telah menabur khidmat cemerlang kepada negara itu.

Antara penerima terdahulu ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh kedudukan diplomatik dan pembangunan Timor-Leste.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16