Fahmi, kerajaan berjaya batal saman Asian Kitchen

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan kerajaan berjaya dalam permohonan membatalkan saman Asian Kitchen (M) Sdn Bhd berhubung penamatan perjanjian pengendalian restoran berputar, Atmosphere 360, di Menara Kuala Lumpur.

Selain Fahmi dan kerajaan, tiga syarikat lain yang dinamakan sebagai defendan terdiri daripada Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB), Hydroshoppe Sdn Bhd dan MKL Cuisine Sdn Bhd.

Hakim Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan dalam penghakimannya berkata, Asian Kitchen selaku plaintif kekurangan locus standi untuk memulakan tindakan mencabar perjanjian konsesi Menara Kuala Lumpur.

Menurutnya, plaintif merupakan pihak ketiga kepada perjanjian konsesi antara kerajaan dengan MKLSB, sekali gus tiada kontrak, hak statutori mahupun kepentingan undang-undang.

“Plaintif memang tiada kedudukan undang-undang. Tanpa hubungan langsung, tiada kewajipan undang-undang wujud untuk defendan keempat (Fahmi) dan kelima (kerajaan) melindungi kepentingan plaintif.

“Tambahan pula, tuduhan tersebut memerlukan bukti niat jahat. Tidak mungkin wujud niat jahat terhadap plaintif kerana tiada hubungan undang-undang antara mereka,” katanya, lapor Kosmo.

Hakim turut memerintahkan plaintif membayar kos RM 10,000 kepada Fahmi dan kerajaan.

Dalam pada itu, mahkamah turut membenarkan permohonan Hydroshoppe dan MKLSB untuk membatalkan writ serta pernyataan tuntutan plaintif bertarikh 23 April lepas.

Terdahulu, dalam pernyataan tuntutan yang difailkan Asian Kitchen pada April, plaintif mendakwa MKLSB melantik pihaknya untuk mengendalikan, mengurus dan menjalankan perkhidmatan makanan dan minum di Menara KL, termasuk Atmosphere 360 bermula 15 Ogos 2011.

Bagaimanapun, katanya, pada 2 Nov 2022, pihaknya menerima notis memaklumkan mengenai perubahan pengurusan MKLSB daripada Telekom Malaysia kepada Hydroshoppe, berkuat kuasa 1 Nov 2022.

Plaintif berkata, susulan itu, satu surat bertarikh 10 Nov tahun sama telah dikeluarkan bagi menamatkan plaintif sebagai pengendali makanan dan minuman di Menara KL.

Pada masa sama, plaintif dituntut mengosongkan serta menyerahkan milikan kosong premis tersebut pada atau sebelum 31 Dis 2022, tanpa sebarang alasan mahupun perbincangan terlebih dahulu.

Plaintif mendakwa pemberian konsesi kepada Hydroshoppe adalah tidak sah dan terbatal.

Sejak diusir daripada premis itu selepas 30 Jun 2023, katanya, plaintif mengalami kerugian dan kerosakan, mendakwa kerugian itu berpunca daripada penamatan kontrak pekerjaan kira-kira 82 orang kakitangan.

Dalam prosiding ini, plaintif diwakili peguam Arun Ganesh Boopalan dan Andrew Navin, manakala MKLSB, Hydroshoppe Sdn Bhd dan MKL Cuisine Sdn Bhd diwakili David Wong Zhi Khang.

Peguam Kanan Persekutuan Siti Syakimah Ibrahim dan Peguam Persekutuan Abdul Hakim Abdul Karim mewakili Fahmi dan kerajaan.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16