Malaysia, Timor-Leste perkukuh kerjasama strategik

DILI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi Malaysia mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya, Kay Rala Xanana Gusmão serta barisan Kabinetnya di Parlimen Nasional Timor-Leste sempena lawatan rasmi ke negara itu.

Pertemuan tersebut dimanfaatkan untuk meneroka kerjasama baharu dalam bidang pertahanan, komunikasi dan pendidikan, sekali gus memperkukuh hubungan erat Malaysia–Timor-Leste serta menyumbang kepada kekuatan dan perpaduan ASEAN.

Dalam rangka lawatan itu juga, Anwar menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) perniagaan membabitkan Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) dan Banco Central de Timor-Leste (BCTL), serta antara Asian Institute of Insurance (AII) dan BCTL. MoU tersebut merangkumi kerjasama dalam sektor kewangan termasuk penambahbaikan pendidikan dan latihan insurans.

Selain itu, beliau bersama Presiden, Dr José Ramos-Horta dan Perdana Menteri, Kay Rala Xanana Gusmão turut merasmikan pelancaran projek Pusat Konvensyen di Pelabuhan Dili yang disifatkan sebagai pencapaian bersejarah serta simbol komitmen Timor-Leste untuk terus mara ke arah keanggotaan ASEAN.

“Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia mengiktiraf serta menghargai usaha berterusan Timor-Leste dalam melaksanakan pelan tindakan keanggotaan ASEAN.

“Inisiatif ini bukan sahaja melambangkan kemajuan pembangunan negara tersebut, malah membuka ruang kerjasama ekonomi yang lebih luas antara Malaysia dan Timor-Leste,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Menurutnya, langkah tersebut akan menyumbang kepada pertumbuhan, kestabilan dan masa depan yang lebih makmur bagi rantau ASEAN secara keseluruhannya.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16