PLKN pelaburan kerajaan hapuskan stigma belia ‘lembik’ semangat patriotisme, bukan pembaziran

PUTRAJAYA – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bukan satu pembaziran, namun sebagai ‘pelaburan’ besar kerajaan yang memberi impak berterusan dalam membentuk generasi pewaris berpatriotisme, berdaya saing serta semangat cintakan negara.

Pemerhati hubungan antarabangsa dan politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, tahap kematangan generasi muda masa kini amat membimbangkan dan dilihat sebagai cabaran utama dalam membina identiti kebangsaan dalam kalangan belia.

Menurutnya, remaja di era globalisasi lebih cenderung berfikiran sebagai warganegara global berbanding sebagai warganegara Malaysia sehingga golongan itu kurang bersemangat dalam membincangkan atau berjuang terhadap isu-isu nasional yang berlaku di negara.

“Patriotisme dan semangat kebangsaan sering dilihat sebagai hal abstrak dan tidak berkaitan langsung dengan kehidupan mereka selain masalah ketidakstabilan ekonomi, kesenjangan sosial, dan korupsi dalam pentadbiran negara turut memberi kesan kepada pandangan remaja terhadap negara.

“Kebergantungan pada media sosial juga mengubah cara remaja berfikir dan melihat dunia. Mereka lebih suka mengikut trend global atau agenda luar negara yang lebih mendunia, sedangkan identiti kebangsaan sering dipandang sebagai sesuatu yang tradisional dan ketinggalan zaman,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pandangan seorang Ahli Parlimen kerajaan yang membantah pelaksanaan PLKN 3.0 berikutan menelan belanja besar dan bukan keperluan mendesak untuk rakyat.

Perkara itu disuarakan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui yang berpendirian kerajaan perlu membuat kajian lanjut bagi melaksanakan program mengikut keperluan dan berimpak tinggi yang lebih memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat.

Mengulas lanjut, Nur Ashikin berkata, kaji selidik oleh Intelligent.com melibatkan pandangan 1,242 pemimpin perniagaan terhadap graduan masa kini di Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu mendapati sebahagian graduan di negara itu tidak berdisiplin dan tidak bersedia memasuki alam pekerjaan.

Pada tahun sama, katanya, pandangan sama turut dikongsikan Presiden Purdue University, AS, yang menyimpulkan bahawa alam pendidikan tinggi tidak benar-benar menyediakan graduan berdepan dengan kehidupan lebih mencabar.

“Sekali pun laporan dan pandangan itu dilakukan dengan melihat keadaan pelajar di AS, ia sebenarnya tidak jauh berbeza dengan realiti di Malaysia. Kita mengakui, keupayaan mahasiswa untuk bertindak secara matang dan mandiri adalah sesuatu yang tidak boleh diajar di dalam bilik kuliah secara formal.

“Ia elemen yang perlu hadir dengan pendedahan dan pengalaman hidup. Malah, ia mesti disusun agar mereka menjalani latihan atau program pengembangan potensi diri dengan cara yang merentas disiplin pengajian.

“Jika tidak, kita akan terus menyaksikan generasi mahasiswa yang lesu, berfikiran sempit, memberontak tanpa asas yang jelas serta mudah terpengaruh dengan aliran hidup yang tidak matang dan bermanfaat,” katanya.

Sehubungan itu, Nur Ashikin berpandangan, terdapat keperluan buat kerajaan meneliti secara terperinci modul yang akan digunakan PLKN agar dapat dilaksana secara holisitik dan strategik selain memberi keutungan kepada negara serta anak muda.

Katanya, sekiranya PLKN hanya difahami sebagai aktiviti fizikal semata-mata dan tidak menghubungkannya dengan pemahaman terhadap tanggungjawab negara, ia tidak akan dapat memupuk semangat patriotisme yang sebenar.

“Sebelum dilaksana tahun hadapan, diharapkan kerajaan, pemegang taruh serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat bekerjasama dalam menyusun pengisian atau program lebih relevan, mengintegrasikan semangat patriotik dengan keperluan moden, dan memastikan remaja merasa terhubung dengan identiti negara serta tanggungjawab sosial mereka.

“Remaja di era sekarang lebih memerlukan pendekatan lebih kreatif dan relevan untuk membina semangat kebangsaan. Program yang menghubungkan patriotisme dengan cabaran semasa, seperti sosial, ekonomi, dan teknologi, akan lebih berkesan daripada hanya mengandalkan aktiviti fizikal semata-mata,” katanya.

Related Posts

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan. Bagaimanapun, beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara luar untuk menjadi rakan kongsi Malaysia dalam industri pertahanan kerana negara ini mengamalkan dasar berkecuali. Beliau yang juga Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan