PLKN 3.0: Debaran kian terasa

Tahukah anda, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal kembali menemui rakyat Malaysia bermula Januari 2025, yang mana ia melibatkan peserta berumur 16 hingga 35 tahun. Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, PLKN 3.0 itu akan dilaksanakan secara berperingkat sebelum lebih ramai peserta dipanggil pada Jun 2025.

“Hanya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan terbabit dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dijadualkan bermula Januari 2025,” kata Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Pengenalan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti.

Program ini pernah dihentikan selama setahun pada 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 setahun manakala pada tahun 2018, PLKN dan Biro Tatanegara (BTN) telah dimansuhkan secara serta-merta.

Pelaksanaan PLKN 3.0

Perdana Menteri telah mengumumkan dalam Belanjawan 2025 bahawa kerajaan bersetuju supaya Kementerian Pertahanan melaksanakan semula PLKN dengan konsep dan format baharu.

Sumber: RTM

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin menyatakan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan dan merangka modul latihan secara berfasa iaitu:

  1. Fasa Pra PLKN
  2. Fasa Latihan Asas
  3. Projek Rintis
  4. Fasa Latihan Asas di IPTA

Bagi pelaksanaan kali ini, sebanyak 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik akan digunakan.

PLKN 3.0 akan menggunakan modul kombinasi iaitu modul latihan asas ketenteraan (30%) dan modul asas kenegaraan (70%). Modul asas ketenteraan dibangunkan oleh  Kementerian Pertahanan yang berkonsepkan pembelajaran melalui pengalaman serta latihan berkumpulan.

Manakala modul asas kenegaraan yang dibangunkan oleh KPT mengandungi modul kenegaraan elemen jati diri, modul kenegaraan elemen cinta negara dan modul kenegaraan elemen perpaduan, perkara ini diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Dewan Rakyat.

Siapa Yang Terlibat?

Sumber: Bernama

Berikut adalah individu yang akan terlibat dalam PLKN 3.0 mengikut fasa-fasa pelaksanaan tertentu:

1. Fasa Latihan Pra PLKN

Bagi fasa pra PLKN, ia akan diperkenalkan di peringkat sekolah sebagai persiapan bagi mereka menjalani latihan selepas berusia 17 tahun, merangkumi pelajar di Tingkatan 4 saja semasa kegiatan kokurikulum.

2. Fasa Latihan Asas PLKN

Bagi fasa latihan asas PLKN ia melibatkan remaja yang berusia 17 tahun dan ke atas bakal dipilih untuk menjalani latihan asas di 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik.

Latihan asas ini merangkumi pengisian latihan yang terdiri daripada modul asas kenegaraan sebanyak 30 peratus dan latihan asas ketenteraan sebanyak 70 peratus. Latihan tersebut bersifat intensif, lapangan serta praktikal.

3. Fasa Peringkat Latihan Lanjutan

Fasa peringkat latihan lanjutan sedang dibincang sama ada perlu melihat kepada soal peluang dibuka, termasuk dari segi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada semua yang ikuti PLKN.

Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, peserta akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini.

Sementara itu, ramai yang tertanya-tanya pembabitan had usia 35 tahun dalam program ini, sebenarnya, memang ada klausa yang menyatakan bahawa Program Latihan Khidmat Negara melibatkan mereka berumur dari 16 sehingga 35 tahun. Walaubagaimanapun, Kementerian Pertahanan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang lahir pada 2007 saja akan menjalani program ini.

Dalam kenyataan tersebut, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata, kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah yang baru selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).

“Pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran. Ada garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0.

“Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan. Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga berusia 35 tahun.

“Mindef turut berharap penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN 3.0,” katanya dalam kenyataan media.

Lokasi, Tempoh & Tarikh Pelaksanaan PLKN 3.0

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari 2025, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.

Lokasi bagi program rintis itu melibatkan kira-kira 500 peserta di dua kem tentera, di Kuala Lumpur dan Pahang sebelum diperluaskan ke 13 kem di seluruh negara menerusi pelaksanaan penuh pada 2026.

“Kita akan gunakan dua kem dahulu, jumlahnya kita akan lihat kepada keperluan-keperluan itu. Kita akan lihat berdasarkan kemampuan kem kita dan Januari itu merupakan projek rintis,” katanya.

Menurut beliau, jumlah peserta PLKN 3.0 akan ditambah pada pengambilan Jun dengan menyasarkan peserta berusia 16 hingga 35 tahun dalam kalangan pelajar tingkatan empat, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Maklumat Lanjut PLKN 3.0 2024/2025

Untuk mendapatkan info terkini dan update terbaru tentang pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 ini, sila ikuti saluran berikut:

Related Posts

10 langkah selamat apabila tsunami melanda
  • SitiSiti
  • July 30, 2025

TSUNAMI boleh melanda dalam sekelip mata sebaik sahaja berlaku gempa bumi kuat. Di kawasan seperti Hawaii yang hampir keseluruhannya berhampiran pantai, setiap detik amat berharga apabila amaran tsunami dikeluarkan atau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyKasih: Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) STR 2025

KERAJAAN telah menambah baik Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar untuk membantu rakyat yang paling terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. Program ini bertujuan meningkatkan taraf ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah