Langkah PMX bukan ‘gimik’, bukti keprihatian Kerajaan MADANI redakan beban kos sara hidup

PUTRAJAYA – Pengumuman penghargaan Perdana Menteri mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam menangani isu-isu utama dihadapi rakyat serta meneruskan keberhasilan agenda pemulihan dan reformasi negara.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, inisiatif yang dizahirkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu langkah yang penting dan tepat pada waktunya.

Katanya, ia bukan sekadar sebagai reaksi balas kepada tekanan semasa, namun manifestasi iltizam kerajaan untuk tidak tunduk kepada desakan segelintir pihak yang cuba menggugat kestabilan melalui tuntutan politik picisan.

“Inisiatif seperti pemberian tunai one-off RM100 kepada semua rakyat dewasa, penurunan harga petrol RON95 ke RM1.99 seliter, serta penggandaan peruntukan Jualan Rahmah MADANI antara lain merupakan inisiatif bersifat segera yang mampu meredakan bebanan kos sara hidup.

“Isu tersebut yang sedang menekan majoriti rakyat ketika ini khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Mengulas lanjut, Ahmad Fahmi berkata, pihaknya menyakini bahawa pengumuman tersebut akan diberi nilai tambah yang lebih menyeluruh dan bersifat jangka masa panjang, konkrit dan menyeluruh melalui dokumen Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dijangka dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.

“ABIM turut menekankan pentingnya pemantauan menyeluruh dan ketelusan dalam pelaksanaan semua inisiatif yang diumumkan.

“Manfaat sebenar hanya akan dapat dirasai oleh rakyat sekiranya setiap dasar dan inisiatif yang dilaksanakan disandarkan kepada integriti, kecekapan tadbir urus, serta keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan,” katanya.

Terdahulu, Anwar pada pagi Rabu membuat pengumuman khas sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Siaran itu mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai apabila mencatatkan lebih 100,000 tontonan secara langsung dalam tempoh kurang daripada setengah jam.

Pengumuman tersebut merupakan antara inisiatif kerajaan untuk menzahirkan penghargaan kepada rakyat serta menyampaikan maklumat penting berkaitan dasar dan langkah semasa kerajaan di bawah kerangka Malaysia MADANI.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM