PKB Miri gempur premis, sita produk vape setengah juta ringgit

MIRI – Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Miri merampas pelbagai produk rokok elektronik dianggarkan bernilai RM500,000 menerusi Operasi Bersepadu Mega E-Cigarette di sekitar bandar raya ini pada 10 Februari lalu.

Operasi penguatkuasaan yang dijalankan dengan kerjasama strategik Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion Ke-12, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Miri dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) itu bertujuan memperkukuh pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Pegawai Kesihatan Bahagian Miri, Dr P Raviwharmman Packierisamy berkata, seramai 30 pegawai penguat kuasa daripada pelbagai agensi telah digerakkan bagi memastikan pemeriksaan dilakukan secara menyeluruh.

Menurutnya, dalam operasi tersebut, empat premis yang menjual rokok elektronik telah diserbu selepas dikesan melakukan kesalahan di bawah akta berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai jenis produk rokok elektronik atau ‘vape’ di premis terbabit disyaki melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta 852.

“Susulan itu, kesemua barangan tersebut telah disita dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM500,000,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Raviwharmman memaklumkan sebanyak tiga notis kesalahan turut dikeluarkan di bawah Seksyen 15(1) Akta 852 kerana ketidakpatuhan terhadap keperluan pembungkusan dan pelabelan yang ditetapkan.

Jelas beliau, kesemua barangan sitaan telah direkodkan dan akan diproses mengikut peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

“Pihak kami menegaskan bahawa operasi dan pemantauan sebegini akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis awal.

“Langkah ini penting bagi memastikan tahap pematuhan yang tinggi dalam kalangan pengusaha selain melindungi kesihatan awam di bahagian ini,” ujarnya.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

ALOR SETAR – Lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul isterinya sehingga keguguran di Sungai Petani didapati mempunyai empat rekod jenayah termasuk kes mencederakan beberapa isteri lain serta teman wanitanya. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

KANGAR – Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Perlis, Azzin Izzad Bahanudin memangku jawatan Ketua AMH negeri itu berkuat kuasa serta-merta susulan peletakan jawatan Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad. Peletakan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI