JKOM Sarawak, AKM perhebat latihan penceramah

KUCHING – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sarawak mengadakan kunjungan hormat ke Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Sarawak pada Jumaat, bagi memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua agensi kerajaan.

Pengarah JKOM Zon Sarawak, Ajes Tuah berkata, fokus utama pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan penggunaan kepakaran yang dimiliki oleh AKM dalam melahirkan penceramah dan tenaga pengajar JKOM yang lebih berkualiti.

Menurutnya, kerjasama ini penting bagi memastikan pegawai penerangan dapat turun padang dengan lebih efektif untuk menyampaikan dan menterjemahkan inisiatif kerajaan kepada masyarakat akar umbi.

“Fokus kita adalah untuk menggunakan kepakaran AKM bagi melahirkan penceramah dari JKOM yang berkualiti untuk kita turun ke padang.

“Selain itu, kita mahu merapatkan hubungan antara agensi dan melihat kepada aspek komunikasi strategik serta kursus komunikasi berkesan yang ditawarkan oleh pihak AKM,” katanya.

Kunjungan hormat yang berlangsung pada 9.30 pagi di Bangunan Sultan Iskandar itu turut bertujuan memperkenalkan barisan kepemimpinan dan fungsi organisasi JKOM, selain bertukar pandangan mengenai inisiatif komunikasi kerajaan.

Turut serta dalam delegasi tersebut ialah Timbalan Pengarah JKOM Sarawak, Nur Ain Abdullah @ Judy Henry Anchangan serta pegawai kanan dari Bahagian Penyelidikan, Media Sosial dan Pengurusan.

Kehadiran delegasi JKOM disambut oleh Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Sarawak Mohamad Faizal Lamat dan beberapa pegawai AKM.

Inisiatif ini dilihat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkasakan penyampaian maklumat yang tepat dan berkesan kepada rakyat.

Related Posts

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

ALOR SETAR – Lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul isterinya sehingga keguguran di Sungai Petani didapati mempunyai empat rekod jenayah termasuk kes mencederakan beberapa isteri lain serta teman wanitanya. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

KANGAR – Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Perlis, Azzin Izzad Bahanudin memangku jawatan Ketua AMH negeri itu berkuat kuasa serta-merta susulan peletakan jawatan Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad. Peletakan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI