Pisahkan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya sebelum PRU16 – Ramkarpal

KUALA LUMPUR – Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) menggsa kerajaan mempercepat pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya perlu dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ahli Parlimen DAP itu menegaskan, reformasi itu adalah sangat penting dan perlu disegerakan.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) itu juga berkata, beliau berpendapat bahawa pelaksanaan pemisahan kuasa itu tidak perlu mengambil tempoh masa yang lama.

“Saya dengar berita bahawa perkara ini masih dalam peringkat kajian dan perlu pergi ke negara lain dan sebagainya.

“Tapi saya ingat bahawa tahun lalu, Menteri Undang-Undang memaklumkan bahawa terdapat satu garis masa dalam masa tiga tahun, yang mana ia boleh dikemukakan ke Dewan Rakyat,” katanya ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau tidak menafikan bahawa reformasi itu adalah satu inisiatif besar dan memerlukan kajian yang banyak.

“Tetapi saya yakin, kerajaan mampu melaksanakan pindaan ini sebelum tempoh Parlimen berakhir dalam dua atau tiga tahun.

“Saya harap ia dilakukan dalam masa yang segera,” katanya.

Related Posts

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, tidak sepatutnya diberikan sebarang bentuk pengampunan berhubung penglibatannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Mari fahami struktur hutang negara

Mari fahami struktur hutang negara

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi