Pindaan RUU Akta 588 bukti komited kerajaan tangani keselamatan dalam talian

PINDAAN 2024 bagi Rang Undang-Undang Akta 588 menunjukkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan keselamatan siber di Malaysia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan komited dalam membenteras jenayah dalam talian dari pelbagai aspek.

Fahmi berkata, kewujudan akta ini sejak 26 tahun lalu membawa perubahan drastik menerusi pelbagai perkhidmatan atas talian.

“Hari ini di Parlimen, saya bentangkan Rang Undang-undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024.

“Semenjak penguatkuasaan Akta Komunikasi dan Multimedia [Akta 588] pada 1 April 1999 iaitu lebih 26 tahun yang lalu, ketersediaan dan penawaran pelbagai jenis perkhidmatan dalam talian pada hari ini telah merubah gaya hidup rakyat Malaysia secara drastik.

“Pelbagai inovasi produk dan perkhidmatan yang dipacu oleh teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan Internet of Things (IoT) telah meningkatkan tahap kebergantungan pengguna kepada teknologi dalam urusan harian, komersial dan hiburan,” katanya di Facebook pada Isnin.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, pindaan tersebut juga menjamin perubahan menyeluruh termasuk melindungi data serta transaksi harian termasuk keselamatan kanak-kanak di media sosial.

“Rang Undang-Undang Akta 588 (Pindaan 2024) ini bukan sekadar menawarkan reformasi kawal selia yang menyeluruh tetapi juga memberikan satu jaminan keselamatan kepada pengguna internet Malaysia, terutamanya dalam melindungi data dan transaksi harian daripada pelbagai kemudaratan dalam talian termasuk eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak.

“Kerajaan terus komited dalam membanteras jenayah dalam talian seperti pelbagai bentuk penipuan (scam) yang termasuk kandungan judi dalam talian, ancaman buli siber dan jenayah seksual kanak-kanak seperti pedofilia dan pornografi kanak-kanak,” katanya.

Persidangan Dewan Rakyat pada Isnin telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 588 Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 melalui undi belah bahagian dengan 59 ahli Parlimen bersetuju manakala 40 tidak menyokong, seorang tidak mengambil bahagian serta 122 tidak hadir.

Fahmi ketika menggulung perbahasan RUU itu berkata, Seksyen 233 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu tidak dimansuhkan untuk mengelak penyalahgunaan rangkaian oleh mana-mana pihak bagi tujuan komersial khususnya penjualan pornografi dan pedofilia.

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas