Pindaan Akta 589 perkukuh peranan MCMC

KUALA LUMPUR – Pindaan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) 1998 (Akta 589) berupaya untuk menambah baik peranan dan pengoperasian MCMC dalam mengawal selia industri komunikasi dan multimedia dengan lebih mampan dan berdaya saing.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pindaan akta itu akan menyumbang kepada pembangunan industri yang lebih tertumpu, kompeten dan efisien menerusi pemantapan aktiviti pengawalseliaan MCMC.

Menurutnya pindaan tersebut adalah selari dengan perkembangan dan kehendak semasa industri di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Fahmi berkata, dalam aspek tadbir urus, antara pindaan utama rang undang- undang itu adalah pemisahan peranan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif kerana peruntukan undang-undang sedia ada memperlihatkan kedua-dua peranan dipegang oleh orang yang sama.

“Dalam perihal ini, bagi mewujudkan mekanisme yang dapat menambah baik tadbir urus serta kecekapan pentadbiran dan operasi, kedua-dua peranan adalah dipisahkan.

“Pendekatan ini juga selari dengan peruntukan undang-undang bagi kebanyakan badan berkanun lain yang memperlihatkan dua orang yang berbeza memegang peranan-peranan ini,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang MCMC (Pindaan) 2024 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Isnin.

Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 2 Disember lalu.

Subfasal 3(a) mencadangkan pindaan Seksyen 6 mengenai komposisi keanggotaan MCMC memperuntukkan tiga anggota mewakili Kerajaan Persekutuan dengan seorang daripadanya adalah Ketua Setiausaha bagi kementerian yang dipertanggungjawabkan bagi komunikasi dan multimedia.

Subfasal 3(b) mencadangkan bilangan maksimum keanggotaan dinaikkan daripada lima kepada tujuh manakala subfasal 3(c) menyarankan anggota lain yang dilantik hendaklah memiliki pengalaman dan pengetahuan dalam bidang antaranya komunikasi dan multimedia, kewangan, kejuruteraan, perdagangan, perundangan, ekonomi serta pentadbiran awam dan Subfasal 3(d) melarang anggota dilantik daripada pekerja MCMC.

Fasal 4 bertujuan memasukkan Seksyen baharu 14(a) untuk mengadakan peruntukan bagi pemberhentian pelantikan Pengerusi iaitu jika tidak hadir bertugas, atau tidak ada di Malaysia, atau tidak dapat melaksanakan tugas jawatannya selama enam bulan berturut-turut tanpa kebenaran Menteri.

Fasal 5 pula bertujuan meminda Seksyen 16 untuk memperluas fungsi MCMC antaranya membangun dan mengawal selia piawaian atas infrastruktur, keselamatan, perlindungan keselamatan, mengaudit maklumat pemegang lesen serta aktiviti pemegang lesen.

Related Posts

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak