
JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.
Menerusi catatan di Facebook rasmi, baginda turut berkenan meluangkan masa bersantap bersama Anwar di sebuah restoran asam pedas terkenal di daerah ini.
Berangkat sama pada acara santai itu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim dengan turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.







