PH beri bayangan PAS sertai Kerajaan Perpaduan

NIBONG TEBAL – Pakatan Harapan (PH) memberi bayangan PAS akan menyertai Kerajaan Perpaduan dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh terdekat.

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil tidak menafikan khabar angin itu yang menegaskan banyak perbincangan antara kerajaan dan pembangkang telah dilaksanakan, terutamanya membabitkan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut berkenaan inti pati pertemuan itu yang membuktikan wujudnya konflik perpecahan dan masalah dalaman di antara PAS serta Bersatu.

“Banyak perkara telah kita bincangkan. Kita lihat bagaimana perbincangan di antara Menteri Besar dari PAS, contohnya berbincang di kalangan Perdana Menteri dengan ahli Parlimen (PH). Ia berjalan dengan cukup baik.

“Kita boleh lihat bagaimana Menteri Besar Terengganu dan Kelantan, baru-baru ini menyambut baik usaha kerajaan menyasarkan pemberian subsidi diesel. Jadi, saya lihat perbincangan itu berjalan dengan lancar,” katanya ketika ditemui media di pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, hari ini.

Mengulas perkara berbeza, Fahmi menegaskan, dakwaan jentera kerajaan digunakan bagi membantu kempen PH di PRK Sungai Bakap hanyalah fitnah bagi mewujudkan persepsi negatif kepada calon.

“Ini dakwaan liar, ini kerana tempoh pilihan raya baharu sahaja bermula. Jadi, arahan Perdana Menteri telah maklumkan bahawa menteri dan pihak kerajaan negeri perlu berhati-hati dan waspada. Jangan salah gunakan jentera kerajaan untuk berkempen.

“Tiada pihak yang salah guna mana-mana jentera kerajaan untuk tujuan politik kepartian,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan penyasaran subsidi diesel yang diumumkan Kerajaan Persekutuan adalah langkah tepat dan berani.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James