Bersatu boikot PAS di Sg Bakap?

PILIHAN Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menyaksikan hanya dua calon bertanding iaitu Dr Joohari Ariffin daripada Pakatan Harapan dan calon Perikatan Nasional, Abidin Ismail.

Dr Joohari menyerahkan borang penamaan pada jam 9.05 pagi sambil diiringi pencadang, Setiausaha Cabang PKR Nibong Tebal, S Galaimani dan penyokong, Ketua Puteri UMNO, Ameera Nadia Mohd Shafiee.

Sementara itu, Abidin pula menyerahkan borang penamaan pada jam 9.15 pagi dengan diringi pencadang, Bendahari Jentera Pilihan Raya PN, Abdul Rahman Hashim dan penyokong Setiausaha Jentera Pilihan Raya PN, Amizan Ariffin.

Suasana hari penamaan calon di Dewan Serbaguna Jawi, di sini pada Sabtu tenang tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku namun, kelibat pemimpin tertinggi Bersatu tidak kelihatan dalam perarakan calon dari Perikatan Nasional, selain Ketua Penerangan Datuk Razali Idris dan Naib Presiden parti itu, Datuk Radzi Jidin.

Sumber Bersatu ketika dihubungi bagaimanapun berkata, tidak terdapat sebarang isu boikot terhadap PRK Sungai Bakap sebaliknya pemimpin Bersatu akan bersama sepanjang kempen berlangsung.

“Bersatu sentiasa bersama dengan jentera Perikatan Nasional sepanjang kempen. Ramai pimpinan parti (Bersatu) bakal menyertai kempen PRK terutama pada ceramah-ceramah akan datang,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, beberapa insiden berkenaan hubungan dingin antara Bersatu dan PAS telah dilaporkan oleh media tempatan, termasuklah konflik dalaman melibatkan Bersatu sehingga enam ahli parlimen dari parti itu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah tahun lalu turut menyaksikan beberapa insiden pergeseran antara kedua-dua parti itu apabila Bersatu mengingkari janji untuk memberi laluan kepada PAS bertanding di DUN Ayer Hangat yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ahli PAS di kawasan berkenaan.

Rasa tidak puas hati itu seterusnya ditunjukkan pada hari penamaan calon apabila seorang ahli parti PAS, Safwan Hanif Shafie bertanding sebagai calon Bebas di DUN tersebut.

Perkara sama juga dilaporkan berlaku bagi DUN Kota Siputeh apabila sebahagian ahli Bersatu kawasan itu menolak pencalonan Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir untuk kerusi itu kerana calon bukan penduduk tempatan.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James