Cikgu Joohari tak mahu burukkan lawan dalam kempen

NIBONG TEBAL – Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin, 60, yang mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap  beriltizam mahu menampilkan politik berakhlak dan matang ketika berkempen, tanpa memburukkan mana-mana pihak.

Beliau menegaskan, amalan tiga ‘A’ iaitu akhlak, akademik dan anak muda akan dipraktikkan dirinya, di samping berhasrat mahu menghidupkan suasana harmoni dalam berkempen.

Pada masa sama, bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara itu turut mahu membawa aspirasi berteraskan konsep ‘PADU’ iaitu prasarana, akhlak, damai dan untuk semua.

“Saya menekankan konsep PADU yang mana saya ambil dari perkataan perpaduan. P adalah untuk prasarana yang mana, ia seringkali menjadi masalah kepada masyarakat kita termasuk bekalan air, banjir dan jalan raya.

“A adalah akhlak, akademik dan anak muda. Sementara D, adalah damai. Kita akan memastikan sekurang-kurangnya untuk peringkat ini, kita akan melaksanakan politik dan kempen yang berakhlak dan kita akan menghulurkan pendamaian.

“Bagi U pula, adalah untuk semua. Kita dipilih oleh rakyat pelbagai kaum, parti, ideologi dan saya akan beri perkhidmatan untuk semua yang mengundi kita,” katanya kepada media selepas proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Jawi, hari ini.

Dalam pada itu, Joohari menyeru semua pihak terutamanya anak muda supaya tidak terus mempercayai sesuatu berita tanpa menyemak kesahihan terlebih dahulu.

Beliau yang lebih mesra disapa sebagai Cikgu Joohari itu berkata, perbuatan menyebarkan berita yang telah disunting atau diambil separuh daripada ucapan seseorang itu hanya akan membina perasaan marah.

“Pendidikan juga amat penting, maka saya ingin menyeru buat anak muda terutamanya, agar usah menerima sebarang berita bulat-bulat tanpa melihat kesahihannya.

“Contohnya, kita bercakap sehingga satu jam setengah, tetapi konteks dalam 30 hingga 40 saat di mana bahagian yang ada kelemahan itu diperbesarkan menyebabkan membangkitkan rasa marah, bukannya membina pemikiran manusia. Itu kita kena jaga,” katanya.

Sementara itu, Joohari menyakini bahawa Pakatan Harapan (PH) akan mampu merampas semula kerusi DUN Sungai Bakap daripada Perikatan Nasional (PN) pada PRK kali ini.

“Saya percaya kita (PH) akan dapat realisasikan untuk kembali ke DUN melalui kerja kuat yang kita sedang laksanakan melalui sokongan jentera Kerajaan Perpaduan.

“Apatah lagi matlamat saya pada masa ini mahu mengutamakan masalah yang membelenggu penduduk yang memerlukan perhatian segera,” katanya.

PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Joohari dan PN yang diwakili bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail, 56.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei lalu, sejumlah 39,279 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Julai ini bagi tarikh mengundi awal dan 6 Julai sebagai hari mengundi.

Related Posts

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

KUCHING – Sebanyak 10 tapak Bazar Ramadan akan beroperasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tahun 2026, melibatkan penyertaan penganjur daripada pihak komuniti dan sektor swasta. Pengerusi MPP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

PAGI itu, seorang ibu berdiri di hadapan pintu sekolah rendah dengan tangan anaknya digenggam erat. Anak itu baru berusia 6 tahun. Wajahnya tidak gentar. Beg galasnya kemas, matanya bercahaya, dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi