PGA rampas rokok elektronik hampir RM1 juta di Padang Besar

PADANG BESAR – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara merampas 2,400 karton rokok elektronik bernilai kira-kira RM916,000 dalam dua serbuan berasingan di Padang Besar, semalam.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, dalam kejadian pertama, sepasukan pegawai dan anggota Kompeni A, Batalion 2 PGA Kulim menahan sebuah van jenis Foton View C2 di Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Taring Wawasan Kedah/Perlis di Kilometer 27, Padang Besar pada pukul 8 pagi.

“Van tersebut dipandu seorang lelaki Melayu berusia 25 tahun yang membawa lapan kotak rokok elektronik tanpa sebarang dokumen sah untuk dihantar ke sebuah alamat di Taman Kim, Padang Besar.

“Bertindak atas maklumat, katanya lagi, polis menyerbu rumah di alamat berkenaan dan menahan seorang lelaki Cina berusia 55 tahun yang mengaku sebagai penyewa premis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil pemeriksaan menemukan lagi 28 kotak rokok elektronik tanpa dokumen, dipercayai untuk pasaran tempatan.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati pemandu van diupah menghantar barangan yang disangka kosmetik oleh seorang individu dari Kuala Lumpur.

“Bagi suspek penyewa rumah pula, dia mengaku memperoleh bekalan daripada pembekal di Kuala Lumpur dan mula menjalankan penjualan rokok elektronik sekitar tiga bulan lalu,” ujarnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga 20 kali ganda nilai barang atau penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan,” ujar.

Shahrum menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dalam mengekang aktiviti penyeludupan di sempadan utara negara, khususnya di Kedah dan Perlis.

Katanya, usaha membanteras jenayah rentas sempadan akan dipergiatkan melalui rondaan dan operasi bersepadu bersama agensi keselamatan lain.

Beliau turut menyeru orang ramai menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Related Posts

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

KUALA LUMPUR – Meta Platforms memperkenalkan penambahbaikan ciri keselamatan Akaun Remaja di Instagram di Malaysia menerusi pelaksanaan tetapan kandungan 13+ serta kawalan ibu bapa yang lebih komprehensif bagi pengguna berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, dengan fokus memperkukuh hubungan dua hala serta menangani cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese