Perjuang #JusticeForZara, 2,000 Muslimah sertai himpunan ilmu

TAWAU – Lebih 2,000 peserta membanjiri Himpunan Muslimah Tawau 2025 yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan pada Sabtu membawa mesej perpaduan dan perjuangan keadilan memperjuangkan isu-isu wanita termasuk kes kematian tragis Zara Qairina Mahathir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal berkata, penganjuran program ini membuktikan bahawa perjuangan menuntut keadilan tidak terhad kepada demonstrasi atau kenyataan lantang di media sosial semata-mata, sebaliknya boleh dilaksanakan melalui pendekatan ilmiah yang membina kesedaran secara berhemah dan berpaksikan ajaran Islam.

“Kita menyokong usaha mendapatkan ‘justice for Zara’ dengan cara tersendiri, iaitu melalui pendekatan ilmiah yang berpandukan prinsip syariah.

“Himpunan ini memberi ruang kepada wanita dan ibu untuk menimba ilmu bermanfaat, memperkukuh ukhuwah serta meningkatkan kesedaran agar bertindak secara rasional tanpa dipengaruhi provokasi atau emosi semata-mata,” katanya.

Rina yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah berkata demikian ketika merasmikan himpunan tersebut, pada Sabtu.

Beliau berkata, pendekatan berhemah ini selari dengan tuntutan Islam yang mengutamakan kebijaksanaan dalam menangani isu sensitif khususnya kes yang masih dalam siasatan pihak berkuasa.

“Kita mahu wanita bertindak berlandaskan prinsip syariah, bukan sekadar mengikut arus emosi atau pengaruh luar.

“Kesedaran ini penting supaya suara wanita menjadi suara kolektif yang kukuh dan dihormati.

“Saya berharap program seperti ini akan terus menyuntik semangat penggerak komuniti wanita untuk aktif melaksanakan aktiviti keagamaan dan pendidikan demi melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi rohani dan jasmani,” ujarnya.

Program anjuran bersama aktivis dakwah wanita ini menampilkan Ustazah Marhamah Rosli, antara individu yang lantang memperjuangkan isu Allayarham Zara, selain kehadiran ulama antarabangsa dari Yaman, Sheikh Niyaz yang mengupas isu semasa berkaitan wanita dan keluarga dari perspektif Islam.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat khusus buat Allayarham Zara Qairina dan keluarganya yang dipimpin oleh ulama Sheikh Niyaz.

Related Posts

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

MIRI – Gara-gara terpedaya dengan kata-kata manis seorang kenalan lelaki di aplikasi TikTok, seorang pesara swasta wanita berputih mata selepas kerugian RM1,173,700 akibat menjadi mangsa ‘Love Scam’. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

KOTA KINABALU – Semua anggota kapal selam diseru untuk terus meningkatkan ilmu, kemahiran serta integriti bagi memastikan keupayaan operasi aset strategik negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.‎‎Panglima Tentera Laut, Laksamana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL