Petronas batal semua program rumah terbuka Aidilfitri

PUTRAJAYA – Petronas membatalkan semua sambutan Hari Raya Aidilfitri, termasuk rumah terbuka dijadual di Kuching, Sarawak pada 11 April ini.

Pembatalan itu dibuat atas dasar menghormati semua mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

“Bagi pihak lembaga pengarah dan pengurusan Petronas, dukacita dimaklumkan bahawa semua sambutan Hari Raya seluruh kumpulan dibatalkan.

“Ini (sebagai) tanda hormat dan solidariti terhadap komuniti yang terjejas oleh kejadian (kebakaran paip gas) di Subang Jaya baru-baru ini, serta barisan hadapan yang bertugas menyokong usaha pemulihan,” menurut syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kejadian kebakaran besar membabitkan saluran gas Petronas pada jam 8.10 pagi Selasa lalu, menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius sehingga mengubah landskap kawasan berkenaan kepada sebuah kawah besar pada kedalaman 32 kaki, berkeluasan kira-kira 70×80 kaki.

Selain itu, ia turut memusnahkan deretan kediaman dan harta benda dalam lingkungan radius 500 meter dari lokasi insiden.

Sebanyak 235 premis terjejas akibat kebakaran itu, dengan 87 terbakar sepenuhnya dan 148 rosak. Kira-kira 400 kenderaan turut terjejas, iaitu 225 hangus dan 174 rosak.

Related Posts

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan gaji penengah bulanan di Malaysia mencapai RM3,500 menjelang 2030, selain meningkatkan sumbangan pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menteri Sumber…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

PUTRAJAYA – Infrastruktur digital tidak lagi sekadar lapisan sokongan, sebaliknya menjadi tulang belakang utama dalam menentukan kecekapan negara serta daya saing Malaysia di peringkat global. Berucap di Majlis Memorandum Persefahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy